Monday 30 April 2012

Selamat Hari Ibu Aina!

Belum 13 Mei lagi tapi terasa nak ucap untuk diri sendiri. Tahun ni tahun yang pertama dan rasanya tahun pertama jugak takkan dapat wish dari seorang suami. Biasanya apa yang kita harap dari yang sepatutnya tapi yang lain pulak muncul. Mungkin Allah bagi untuk mengubat hati ye tak?...Jika ditanya hadiah apa yang aku nak...jawapan aku banyak.Tapi sedia maklum takkan dapat..Jadi hari ibu kali ni aku cuma boleh mintak dan doa semoga Allah beri aku hayat yang panjang untuk tengok anak aku membesar..Nak mintak satu lagi boleh???Aku nak mintak anak aku sihat.Tiba-tiba rasa macam nak menangis.

SELAMAT HARI IBU AINA!


Selamat Hari Ibu jugak kepada Butbut.











Tekanan

Dah lama sangat tak dapat baju baru...dah lama sangat tak beli selipar baru..selipar pun tak rupa selipar dah. Agaknya macamnilah mak aku rasa dulu.Sekarang baru tahu besarnya pengorbanan mak dengan abah. Hari raya pun  anak-anak je yang ada baju raya..Masa kecik tak pernah fikir. Tak pernah bersyukur. Bila tak dapat barang mesti nak mengamuk...mesti nak merajuk..Dah besar panjang ni baru tau betapa tekanannya hidup.


Berharap sangat anak tak ikut perangai aku :(

Saturday 28 April 2012

Kaya

Siapa suka kaya?GILA KAU SIAPA TAK SUKA KAYA!
Eh aku pun sukalah..suka kaya....kaya yang sapu kat roti tu.yang dalam pau tu.yang yang yangggg...ermmm
Pada pendapat aku, aku lebih suka title senang dari kaya tu. Hidup senang pun dah cukup. Tak perlu kaya-raya. Jadi tak perlu risau rumah dirompak, tak perlu risau kau akan perlekehkan orang yang rendah darjat. Serius cakap aku tak senang bercampur dengan orang kaya. Sesetengahnya...atau mungkin kebanyakannya.
Lebih-lebih lagi anak orang kaya.Bermewah dengan harta yang bukan kau carik sendiri.

Ayat klise bagi yang ________(sila isi tempat kosong) kepada golongan sederhana seperti aku.

1. "Dah tau takde belilah bukan mahal pun".
2. "Heyyy..memanglah tahan. tahan seminggu.bunga ni import tau!" dan..."satu pasu ni lima ratus nihhhh.."
3. Dey.. macha! aku malas nak kasik contoh buat sakit hati je.

Hello..manusia!Jika barang yang patut dibeli tu sepuluh ringgit, malam ni jugak aku beli. Boleh tak satu kali dalam hidup kau (wahai orang kaya) bercakap ikut otak bukan kepala lutut. Berfikir dari sudut pandangan orang yang tak semampu kau sebelum meluahkan kata-kata. Ni nasihat aku je. Taknak dengar sudah.


Rimas-rimas aku nak bermesra dengan orang kaya...sesetengah/sebahagian/seciputan....ermmmm...


cakap sambil tangan di dada mata ke atas.

Perempuan Rambut Pendek Tak Cantik?

Stigma semua lelaki kot rasa perempuan rambut pendek tak cantik.Sebab? Macam lelakilah..tak femininlah..takleh belai rambutlah...takleh nak fesyen-fesyenlah...Aah...memang terhad. Tapi kalau tengok dari satu sisi je memanglah. Aku rasa rambut pendek ni lebih kemas, lebih simple walaupun ala-ala boyish..takmo la cakap tomboy. Aku tau aku faham rambut panjang tu cantik tapi takkan selama-lamanya nak panjang je kan. Manusia pun mudah rasa jemu kalau makan benda yang sama hari-hari. Takyah la bebel banyak-banyakkan. Cakap jelah nak potong rambut tuh! Meluat baca post ni.

 

Q: Alahai......comel tak kawan-kawan?
A: Comel..tapi kau tak comel macam tu yer.

Sabtu 28hb 4

Adeh.....entri malas...
Ada lagi baik layan gambar haron daripada tengok status update fb. Sakit otak hari ni semua cerita pasal Bersih 3.0. Sampai baby sebesar haron pun dipakaikannye tshirt kuning tu. Takpelah..aku tak layak cakap pasal politik. Nanti aku kena hentam balik.



Sorry...haron tak pakai kuning...haron pakai oren jer.



NOTAKENING:  layan blog kak senduk. dah update dahhhhh...http://meriahuoll.blogspot.com/ (hoi kak senduk!berani kau boh gambar fahrin 100% senduk punyaaa!!!!)

Friday 27 April 2012

Sambungan...

GAMBAR TERBARU ANAK ABUT!

:)

:)
Ok...membesar dengan jayanya..!tidur lena malam ni. :)))))

Kisah Kucing #1



Tak kisahlah nak cakap asyik-asyik cerita kucing. Aku suka.

Nak tunjuk anak abut (Butbut) 1st batch.ada 4 ekor tapi 2 dah mati.Sebab??? Abut beranak masa aku dalam pantang.takde sapa nak pantau kot. aku balik rumah pun lepas sebulan lebih. Jadi yang tinggal 2 ekor jer. Tapi agak sedih anak abut tak comel sangat macam didi ( jantan yang merogol abut ). Walaubagaimanapun aku tetap cakap semua kucing dalam dunia ni comel. Kucing kurap pun comel. Aku tak racist.

2 ekor ni dah pun selamat dapat tuan baru masa umur diorang 3 bulan. Mula-mula aku tak yakin orang lain boleh jaga kucing ni. Menangis sekejap nak lepaskan kucing ni pergi. Nak bela banyak-banyak tak mampu. 
Dan harini tuan kucing (anak abut) dah upload gambar terbaru diorang..Hehe...bersyukur sekejap..Salah jangkaan aku. TERIMA KASIH KALIAN!

ABUT >>>>EMAK

DIDI >>>>BAPAK






Kenduri Kahwin

Tahun ni meriah dengan kenduri kahwin..Yes.....tahun berikutnya pun aku yakin dapat makan nasik minyak setiap minggu. Ini membuktikan aku, kawan-kawan aku, kucing-kucing aku semakin tua.


NOTA KUKU : Tahniah kepada kawan-kawan  Poli JB (dah jadi PIS sekarang) yang akan kahwin minggu ni, bulan depan dan bulan depan seterusnya.

SAJE INTERFRAME.

Thursday 26 April 2012

MOOD

Takde mood aku nak menulis. masih ada hati nak update. sibuk mengevote aaron kat PA&MA Online. sibuk menggaru kepala, sibuk mencari kutu si putih.....dan sibuk mengeluh....hmmmmmm....




NOTA BIBIR : Nampak sangat kau ni bosan.!

GOOGLE JEK!

Friday 20 April 2012

Haron dan kawan baiknya

Tengok gambar ni mesti ramai yang marah aku. Baby takleh dekat ngan kucing lah..Bulu lah...
Jawapan aku...NO KOMEN!



PTPTN Free Mangkuk Kau!

Ok sila carut-marut dan maki aku sebab hal yang satu ni aku terasa gatal sangat nak menulis. Aku bukan penyokong tegar rumah biru. Kebencian mungkin pada perempuan rambut kembang semangkuk. dan aku lagi-lagi lah bukan penyokong tegar 3 rumah lain.Paham maksud aku?Tak faham sila terjun longkang. Macam mana boleh timbul soal percuma? Bangsa lain ker yang terhegeh-hegeh nak usulkan? Nak melabur najis pun kena bayar inikan pulak nak belajar. Kalau semuanya free aku tak rasa budak-budak zaman akan datang akan hargai keperitan nak dapat ilmu tu. Kelas tak pergi pun takpe. Yelah benda freekan. Tak rugi pun. Bohonglah kalau cakap duit ptptn kau guna 100% untuk belajar. Awal sem dapat duit terus pegi shopping. Duit tu jugak buat belanja dating. Sape sini nak carut aku meh! Tu kenyataan..kenyataan yang banyak orang nak menidakkan. Aku tak cakap semua. Mungkin stok yang nerd-nerd takde lah guna untuk belanja awek kan? Aku faham kalau lebih-lebih lagi budak yang banyak projek assignment. Memang duit untuk satu sem tu takkan cukup walaupun kau tak joli duit tu sekuman pun. Tapi macam mana pulak dengan kos yang belajar teori jer? Hujung sem ambik periksa. Untunglah duit ptptn kau boleh beli macam-macam. dan akhirnya kau tak payah bayar. Kalau nak buat free buat betul-betul. Orang yang pinjam tak habis bayar sebelum ni tak payah sambung bayar dah. Orang yang dah langsai hutang ptptn, kembalikan balik duit diorang. Macam ni barulah ADIL! PTPTN percuma untuk semua...untuk orang dulu dan sekarang..BOLEH BUAT?MAMPU TAK?Aku cabar yang sibuk sangat nak bagi free tu...Nak cakap aku gila? Sebab otak aku gilalah aku taknak bangsa aku tergadai. Kau nak free boleh, kau belajar dapat pointer tinggi dapat dekan then kau tak payah bayar balik. Senangkan? Itu jer yang akan galakkan kau belajar sungguh-sungguh. Sungguh ni aku tak tipu.

Thursday 19 April 2012

Telefon....telefon berbunyi.. ( nyanyi ala-ala wonderpet )

Kalau tengok manusia lain punya handphone...fuhhhhhhhhhhh.....hebat! BB, Galaxy Note, Iphone..............
Pada tahun 2012 yang serba canggih-manggih ni handphone aku adalah..........jeng jeng jenggg  >>>>>>>>

rilek aina....tak semua orang mampu.  

P/S : Cuma mampu tengok.... *__*

Kuih Hijau Yang Super Sedap ^^

Sumber : Google Image (Sori gua cilok)
Dikisahkan pada suatu pagi atau setiap pagi aku gilakan kuih hijau untuk dicekik..ya setiap hari. tak muak pun. Tapi kenapa? kenapa acik jual kuih ni cepat jer habis kat rumah aku? pukul 8 pegi beli dah takde....sob....sob....ramai jugak hantu kuih ni yer. nak buat tak pandai..tengok resepi rumit lah pulak. :(
Dan sekian kalinya aku terseksa....kempunan nak makan.

Gambar Penghilang Stress







KURUS

Hahahahaha...bukan cerita pasal aku tapi cerita pasal......" Abang..bila nak kurus? "

4 bulan sebelum menikah dan sekarang....................

5 bulan yang memenatkan.

Anak aku dah 5 bulan beb. Semakin dia membesar semakin tertekan aku melayan kerenah dia. Aku bersyukur sangat dapat anak ni. bukan tak bersyukur. cuma aku rasa anak aku ni lasak sangat. hyperaktif mungkin? Betul orang cakap, jaga anak lagi susah dari jaga satu kandang lembu...ok ni perumpamaan jer. aku tak cakap aku samakan anak aku dengan lembu ok.. anak aku 100 kali ganda lagi comel. Yang merunsingkan aku sekarang..adakah aku ni mak yang garang? tiap-tiap hari aku rasa mesti aku akan marah Aaron. Muntah atas baju, muntah atas bantal, muntah atas toto yang baru jer aku hantar dobi..grrrrrrrrrrrrr!!! Semua barang kalau boleh nak masuk mulut. Part yang ni aku rasa normal la untuk budak umur 5 bulan tapi kalau dah sampai selipar jamban pun nak masuk mulut agak-agak la kan aku hangin tak? Beli stroller mahal-mahal ( padahal baru dua ratus jer dah kecoh ) dia taknak duduk hokeyyyy...dalam seat kereta yang kakak aku beli pun tak nak duduk jugak...dalam walker pulak bertahan 5 minit je. Adakah anak aku tau yang mak bapak dia ni stress? Stress sesangat. Belum lagi kalau dengar bab melalak tu ya Allah.....satu blok boleh dengar. Kalau dah start tak boleh pause pulak tu. Mental sekejap aku. Nak dukung..nak dukung..nak dukung.... Wahai anakku sayang, ibu takde badan macam Malik Noor...tak larat ibu ni nak dukung kau 24jam.

Kadang-kadang aku fikir macam aku ni zalim sangat dengan anak sendiri. Dia nangis aku marah. Aku cepat sangat hilang sabar.....emosi sikit sejak jadi suri rumah. Yelah nak kerja tak boleh. Duit pulak asyik tak cukup jer..stress, stresss, stressssssssss.....Bila lah anak aku nak hisap botol ni..Nak tinggal dengan orang payah..aku takde pilihan..aku tak nak tua dengan menjadi mak-mak orang..Cuba fikir..kenapa orang takde anak sibuk nak anak?tapi yang ada anak marah-marah anak. Macam tak hargai anak pulak. hmmmmm.........

dah besar jangan nakal ok. ibu penyek-penyek nanti.

The Good Old Days



Hehe...tajuk cerita TVB zaman dulu. sekolah rendah. Mak aku minat habis si Sau Hau...Cerita sedih. Tipu tak nangis kalau tengok. Tapi dah diulang-ulang takde lah sedihnye lagi. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal Sau Hau ker Ho Sang ker.. tapi nak cakap pasal video MY GENERASI. Ek eleh baru sekarang nak post. terujalah tengok.memang sama sangat dengan kehidupan kecik-kecik dulu. Terer si pencetus idea. Kalau aku pun mungkin tak pernah terfikirkan nak kaitkan facebook dengan zaman dulu. Tabik spring. Dan sekarang orang yang sama dah buat satu lagi video dengan tajuk ONLY IN MALAYSIA. sayang seribu kali sayang aku still tak boleh load video ni.apehal? Layan dulu MY GENERASI.

http://www.youtube.com/watch?v=CzkAPMWNSGc

Wednesday 18 April 2012

Blog cantik

Sentap kejap tengok blog cantik. Bab coding HTML ni aku pening sikit.kena tengok berjam-jam baru leh tangkap. tulah sape suruh dulu lari Uitm. kan dah padan muka. kalau tak sekarang aku takkan jadi graphic designer tapi programmer atau paling tidak system developer..ewahhh nyesal plak kan. padan muka. K lah aku nak boh sini satu link.aku rasa budak ni bagus sebab ada effort nak ajar aku yang tak pandai ni adjust blog.

Bleh tengok video kat sini..Cari sendiri. http://cicakdanlelabah.blogspot.com/search/label/tutorial

Nak ni..yang ni

MOHAMAD FAIZAL...tolong lah dengar rintihan hati ini..sayang nak ni..yang ni...macam dulu waktu belum kahwin. BOLEH?



kenapa pendek-pendek

Aku pun terfikir lah..kenapa yer semua post pendek-pendek jer ayat. Kalau ada ranking dah lama blog aku ni yang paling corot paling bosan dibaca dan banyak merapu. Takde kesinambungan. Alasan klise..aku tak pandai tulis, aku tak minat tulis, aku tak puitis, aku tak macho dan paling tepat aku takdak idea. K dah bye.

Setahun yang pasti.



365 HARI atau dah lebih hari aku hidup dengannya. Kadang-kadang aku tertanya-tanya benarkah aku ni tulang rusuk yang hilang?sepadankah dengan yang hilang? Jujur dia banyak kekurangan, jujur jugak dia banyak kelebihan. Tak puas hati? Banyak aku tak puas hati. Mana ada yang sempurna dalam hidup..Walau rumah tak cantik, walau takde harta sendiri, walau  cincin kosong di jari, walau hati kerap cedera tapi hati tetap cakap...AKU SAYANG.

My Haron...I love U








45 kilo

Aku tak sangka selepas beranak aku boleh kurus yer. 45kilo.kejap timbang 46 pastu 44.2kilo. Ni berat zaman aku form5 dulu nih..macam tak percaya je. dulu boleh la orang panggil aku tembam, montel, montok..eh?? :p
Tapi kini tidak lagi...happy..semua orang happy kan kalau kurus? Dulu aku nak sangat kurus. Berat aku yang paling over dalam sejarah hidup adalah 60kg. nak turun 500gram pun payah. Sekarang bila dah kurus r asa macam tak best pulak. sebab muka dah tak ala-ala amoy..badan kerempeng...dan komen yang aku dapat dari insan tidur sebantal paling membuatkan aku nak tembam balik.."peha sayang tak stim..rasa tulang jer.." ok disaster! Cepat gemuk balik ainaaaa...!!!

Beranak

Yer..beranak. sempoi tajuk entri. Setelah menggegarkan labour room hospital kajang dengan jeritan yang paling kuat, akhirnya pada jam 8.33 pagi waktu Malaysia 03112011, layankan gambar....malas nak taip


AARON ADHA MIKHAEL...nama nak omputih jer. aku tak berapa suka sebenarnya 3 nama. Panjang sangat. sepatutnya adha takde. tapi dah orang tu nak boh gak...ikut yor la..layankan aje.

permata hati ibu...ecehhh








COMEBACKKKK..WELKEM BACKKK




Pehhhh....last update oktober..skang dah april 2012..bagus aina bagosssss.....cemerlang sangat. Sedar-sedar.. anak aku dah masuk 5 bulan. Lama betul aku merehatkan diri. kan aku dah cakap dah aku ni takde komitmen nak menulis. orang nak buat aku pun nak buat. Orang ada blog aku pun nak ada. Tak sedar diri.