Saturday, 28 April 2012

Kaya

Siapa suka kaya?GILA KAU SIAPA TAK SUKA KAYA!
Eh aku pun sukalah..suka kaya....kaya yang sapu kat roti tu.yang dalam pau tu.yang yang yangggg...ermmm
Pada pendapat aku, aku lebih suka title senang dari kaya tu. Hidup senang pun dah cukup. Tak perlu kaya-raya. Jadi tak perlu risau rumah dirompak, tak perlu risau kau akan perlekehkan orang yang rendah darjat. Serius cakap aku tak senang bercampur dengan orang kaya. Sesetengahnya...atau mungkin kebanyakannya.
Lebih-lebih lagi anak orang kaya.Bermewah dengan harta yang bukan kau carik sendiri.

Ayat klise bagi yang ________(sila isi tempat kosong) kepada golongan sederhana seperti aku.

1. "Dah tau takde belilah bukan mahal pun".
2. "Heyyy..memanglah tahan. tahan seminggu.bunga ni import tau!" dan..."satu pasu ni lima ratus nihhhh.."
3. Dey.. macha! aku malas nak kasik contoh buat sakit hati je.

Hello..manusia!Jika barang yang patut dibeli tu sepuluh ringgit, malam ni jugak aku beli. Boleh tak satu kali dalam hidup kau (wahai orang kaya) bercakap ikut otak bukan kepala lutut. Berfikir dari sudut pandangan orang yang tak semampu kau sebelum meluahkan kata-kata. Ni nasihat aku je. Taknak dengar sudah.


Rimas-rimas aku nak bermesra dengan orang kaya...sesetengah/sebahagian/seciputan....ermmmm...


cakap sambil tangan di dada mata ke atas.

1 comment: