Wednesday 13 June 2012

Dinding kewarasan untuk menulis tu kadang-kadang dah tersasar dari hakikat.aku tak pasti arah tuju blog yang sepatutnya penuh dengan ilmu grafik bertukar menjadi blog penuh limpahan curahan kasih sayang tak bertepi.Akaun facebook dah pun aku deactive.Aku tengah berfikir lagi barang apa nak buat.
Aku rasa dah tiba masa untuk aku start berhijrah.ni bukan pasal tudung ke apa tapi berpindah ke tempat lain...aku rasa ni yang terbaik buat masa sekarang.aku boleh nampak lah masa depan aku, simpanan aku walaupun nanti gaji taklah besar mana.Aku cuma nak menjalani kehidupan yang baik bersama anak aku. aku asyik memikirkan tentang JB. mungkinkah itu destinasi yang terbaik untuk aku?

By Soko

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

......................................................................

Kau tau betapa aku rindukan saat ni :')

Sunday 3 June 2012

Status FB

Tolong jangan update status seminit sekali.pastu upload gambar gedik..Memang macam haremmm..Nak je aku sekeh...



P/S: Tak peduli kau siapa tetap aku nak sekeh.



Bertahanlah Wahai Hati

Masuk bulan baru aku dah rasa macam fedappp dengan kehidupan.Semua serba tak kena.Semua nampak salah.Aku tak gembira.Bukan ni yang aku nak.....PANCAROBA.



Waktu tak boleh  di Ctrl + Z   :(

Pinjam Barang / Barang Kongsi

K totally aku tak senang sangat dengan tajuk ni..Ini sebahagian cerita tentang keburukan aku.Aku tak kesah dikecam hebat.Aku memang tak suka lebih tepat lagi "pantang" kalau orang nak pinjam/pakai barang aku.Nak cakap aku kedekut cakaplah..air liur tak dapat mengembalikan barang yang mungkin rosak.Ni bukan cerita pasal barang yang remeh temeh.tapi aku ambik kesah...terlalu-lalu lebih lagi barang macam laptop, kamera, skuter dan jugak kereta.Sejujurnya aku ni seorang pengecut. Kalau orang mintak aku bagi. Aku jenis tak pandai nak bagi alasan bohong semata-mata tak nak bagi pinjam. Yang merana..hati aku jugak. Barang aku yang dipakai selalu akan kembali dengan keadaan yang berbeza dengan yang asal. Sebagai contoh...dulu takde calar..sekarang berdozen-dozen calar. Dulu tak pecah..Sekarang memang pecah.Tapi dicover dengan alasan bodoh.Nak betah tak pandai..akhirnya hati jugak yang merana lagi.Aku jenis orang yang kalau boleh kau jangan pakai barang aku dan kalau aku banyak duit aku lagi sanggup bagi orang suruh pegi beli sendiri daripada pakai hak aku. Kamonnnnn la.......orang yang tak pernah spend duit untuk beli harta sendiri ni dia tak faham kot betapa susahnya kita nak dapatkan benda tu. Sebab tu dia tak peduli barang tu patut dijaga ke tak. Sebab dia sendiri tak peduli untuk kumpul harta sendiri.Sebab tu jugak muka tak tau malu asyik nak pakai barang orang. Aku bercakap untuk pihak yang mampu beli sendiri tapi duit yang ada kau buat joli beli benda tak berfaedah.Habuk satu barang pun takde....dan sekarang aku dah terjebak dengan orang yang macam ni. DAMNNNNNNNNNNNNNNNNNN!
Asyik mengimbau lipatan sejarah..aku lupa yang tersisip kertas saman DBKL kat wiper kereta aku.SHIT!

Bau Times Square

Dah terlalu lama aku tak menjengah ke TS. Hari ni aku rindukan bau TS....SG. WANG...LOWYAT...dan semestinya hari ni aku terjejak kaki ke sana.Sebetulnya aku rindukan zaman dulu.Dipimpin tangan.Dipeluk erat kemas dalam tren.Yes...kenyataan.memang itu dosa.Aku rindukan Kg.Baru. Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Muda Musa.Meniti malam ke subuh di bawah kerlipan lampu KLCC.Berjalan kaki, dikendong dari KLCC ke Kg. Baru pukul 4 pagi.LRT Dang Wangi, Monorel Bukit Nanas..Benar!Memang benar terlalu mengingati.Tapi sayang...batas yang ada.. menghalang aku.


P/S: Cuba untuk melupakan. JB-PUDU-ORKED-KG.BARU

Saturday 26 May 2012

Arkib Kamera Emak

Yey..berjaya jugak bagi tiga perkataan untuk tajuk entri..muahahaha...Aku taknak tulis panjang-panjang..cuma nak kongsi gambar dari arkib kamera telefon milik emak.Gambar terpilih sahaja.








Gambar 1: Butbut waktu kecik.
Gambar 2: Makngah dan sepupu aku Ayu.
Gambar 3: Haron dikala baby.
Gambar 4: Haron dikala baby 3 bulan (Nampak hitam la plak).
Gambar 5: Haron 6 bulan.

Kesimpulan disini aku bukanlah tengah bosan sebab post entri macam ni.Alasan cuma nak blog aku ceria sikit.Lama tak boh gambar real....Real maksud aku yang bukan dicilok dari siti google.Aku masih menanti DSLR kembali berfungsi...OK.Selamat Malam!

Tajuk

Mulai hari ni aku akan berusaha dengah gigih untuk menulis tajuk yang lebih panjang.Setakat ni dua kerat je.Aku malas nak fikir tajuk yang ngetop keren.

Hadiah Mengejut

Tengah hari tadi aku memang terasa nak naik angin.Faizal keluar rumah macam tu jer.Tak bagitau pun nak pergi mana.Aku faham sekarang ni konsep rumah tangga.Suami nak keluar tak payah report kat bini. Tapi isteri ada hak jugak untuk tahu.Dah lazimnya perempuan ni bersifat mudah risau.suka fikir yang bukan-bukan.imaginasi melampau.

Ye aku mengaku aku panas baran.suka buat muka tak puas hati.Nak call tak boleh.dia macam sengaja jer tak bawak handphone.Hati dah makin panas..Aku bangun kunci pintu gril.Selang berapa minit dia balik. Dia seyum. Kenapa ek senyum?

Dihulur satu kotak hadiah berbalut bunga-bunga.Siap dengan kad bercetak LOVE...tapi takde kesan pen.Kosong.Tak tulis apa-apa.Heh?..."Hadiah untuk siapa ni?"aku tanya..."Bukaklah"dia jawab. Okey aku dah start pelik.Dari nak marah dah tak jadi marah. Dari mendidih terus sejuk beku.Aku bukak ni..bukak dengan muka kerut.Tu diaaaaa...............kotak samsung...isi dalamnya handphone.Terkesima kejap.

Jap..jap..jap...mana dapat duit ni?Perasaan curios tu melebihi perasaan terharu.Yang terharu tu datang kemudian.Rasa nak menangis pun ada.Aku tau sejak kahwin hidup kita tak berapa senang.Tambah sejak aku tak kerja.Aku kesian dengan suami aku.Dalam waktu susah macam ni pun masih lagi nak belikan handphone.Dia cakap nanti susah kalau ada emergency.Takkan nak harap chat facebook je waktu dia pergi kerja.Tak kesah lah walaupun handphone tak mahal (mesti orang cakap elehhh dapat handphone murah pun nak post) aku tak peduli.Ini hadiah dari suami aku.Setakat yang dia mampu.Tetap hadiah termahal di hati aku....Air mata dah bergenang.



T E R I M A K A S I H C I N T A!




Kualiti gambar buruk.(sumber kamera hp mak aku)

Murah Rezeki

Selepas menatap satu blog popular ni, aku terpanggil untuk mengepost hal yang sama.Bukan meniru tapi benda yang ditulis ni ada kaitan dengan apa yang ayah aku bagitau dulu.Cuma biasalah aku ni tak ambik port sangat atau mungkin tak pasti yakin ke tidak tentang perkara ni jadi aku lupakan hasrat untuk berkongsi dengan orang melainkan suami aku. Ini berkenaan dengan doa dimana orang Melayu tipikal...(typical meleis) berfikir kalau berdoa mesti nak mintak dimurahkan rezeki.So sekarang mari kita baca tulisan dari blog ni. Aku copy paste.

"Apabila minta/berdoa kepada Allah, be specific. Kalau kau cakap “Ya Allah murahkan lah rezeki ku..” memang kau akan dapat murah rezeki.  Dapat pen sebatang pun boleh dikira murah rezeki. Akak Kerani belanja kopok lekor 3 ketul pun kira murah rezeki. Tapi tak mencapai goal kau pun. Jadi lepas ni berdoa dengan spesifik. “Ya Allah ya tuhan ku, aku nak duit RM100 ribu tahun 2012 ni. Aku bermohon jayakanlah segala usaha aku,” atau “Ya Allah, aku nak naik pangkat. Aku nak jadi Art Director. Aku dah taknak jadi designer lagi,” and so on. (I like this point the most)" - credit to perempuanjomblo.blogspot


Okey...okey..jadi bermakna tak salah lagi kata-kata ayah aku.Tapi aku rasa lah doa mintak seratus ribu tu agak over.melampau sikit. Ni pandangan aku.Macam kau ni tamak sangat. Tak kesahlah kau nak fikir macam mana tanggapan orang berbeza-beza.Doa yang ayah aku ajar simple jer.....kau jangan sesekali doa.."Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku". Betul...memang betul rezeki kau murah..Murahan punya. Yang sepatutnya...."Ya Allah, Kau berikanlah aku rezeki yang mahal-mahal.".....ADA FAHAM?



Sama-samalah kita berubah yer.






Menipu sekali dua kali tiga kali

Penyakit menipu ni memang susah nak ditangani.Lebih-lebih lagi  kalau dah sebati dengan gen-gen dan sel-sel dalam badan.Siapa tak pernah menipu sepanjang hayat dia aku rasa tak mungkinlah.Ni cerita pasal manusia biasa.Jangan kau kaitkan Nabi pulak.

Aku boleh maafkan bila menipu sekali.Bila dua kali menipu pun aku maafkan. Macam mana pulak kalau 3 4 5 6 7 8 9 100 1000 kali orang menipu walaupun dah diingatkan berkali-kali jangan menipu lagi.Aku tak nak cakap salah mak bapak ajar menipu dari kecik. Sebab menipu tu pilihan sendiri.

Untuk yang dah terbiasa menipu tu aku fikir dia sebenarnya manusia yang ada 2 identiti. Macam cerita Dr. Jekyll & Mr. Hide ( <<< buku sastera masa form 2 kot ) atau mungkin dia adalah "two faces" dalam cerita Batman.Orang yang kuat menipu mungkin pada dasarnya dia sendiri keliru dengan apa yang dia cakap. Dia sendiri tak boleh pastikan yang mana sahih yang mana bukan. Senang cerita, wayar dalam kepala dah putus.
Itu ayat yang paling tepat untuk penipu. Sekian.


NOTAKENING: Penipu selamanya adalah penipu.Tak cayer?

Makan Jalan

Agaknya lapar sangat tak dapat makan nasik tu yang makan jalan tu...Tolonglahhhhh...sebelum makan jalan tu fikir dulu apa impaknya. Memang sajer je ke nak eksiden?Kok ye pun dah puas hidup ingat sikit orang lain yang berada dalam kereta ni.Dah lama aku perhati..Selalu sangat makan jalan...Memang kau ni jenis tak makan saman.


P/S: Huhu....banyak pulak perkataan makan yer.Makan hati ketika menaip nih.

Saturday 19 May 2012

Lama Tunggu

Tadi dalam perjalanan pergi kenduri aku memang panas hati sangat ditambah dengan cuaca yang memang sah-sah panas tengah hari.Nak dijadikan cerita kawan baik aku nak tumpang gi kenduri mintak aku jemput kat terminal.Okey...aku bersiap dengan segala pantas mengenangkan kesian kawan aku tunggu lama.panas pulak tu.Bila aku sampai dia cakap dia tengah tukar baju kat toilet.Aku menunggu dengan sabar sambil memegang anak yang merengek-rengek.lasak!Aku tunggu.Aku call...tak jawab.sms masuk."Jap.tunggu aku turun."
ok..ok...aku tunggu lagi..haron semakin kuat merengek.panas la katakan.tunggu punya tunggu dia call..."weh tunggu jap aku nak gi round carik hadiah".................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................apekah perasaan aku yang sedang menunggu?...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Adakah kau tahu yang sekarang dah pukul 1 setengah?Dan sekarang kau cakap baru nak beli hadiah?Dammmmmmmmmmmnnnnnn.....

Tapi mungkin kerana kau kawan baik aku dari kecik dan kau semacam tau nak ambil hati..kau belikan haron mainan.dengan muka tak bersalah kau masuk kereta dan aku pun senyum macam kerang busuk.Nak marah pun tak boleh..sebab kau kawan baik aku..dan aku dah lali dengan perangai kau.

Harap kau tak baca ni lah yer kawan baik..sebab kau kawan baik.toksah terasa bagai.kau memang baik cuma hari ni terasa nak berlaku jujur..Apapun kau baik dan aku sayang kau..tetappppp!



Kamera rosak lahhh

Hoyyeahhh...aku suka..aku sukaaaa.....rahmat bertimpa-timpa..kamera rosak pulak dah..yey!!!!ape situ kau tulis? camera error? wowwwww....aku sukaaaa!

Gaji kecik

Ada seorang umat manusia mengeluh.dikatanya gaji 2 ribu lebih kecik.EHHH kejap-kejap....nak kata ada tanggungan tak ade pulak.malah ada suami gaji lagi riban-riban.tapi manusia tak pernah rasa cukup.Hidup mewah sakan.Aku rasa lah kau ni patut tengok orang lain punya kehidupanlah.Macam arwah bapak aku punya gaji kerja jaga tambah pencen askar nak besarkan anak dan tanggung isteri yang tak bekerja. Itulah orang cakap...asyik tengok atas jer sampai lupa tengok yang ada kat bawah...bawak-bawak lah bersyukur ye mokcik.

Interview busukkk!!!




Lupakan puisi emosi.heheh...adoi la ni nak cakap pasal interview haritu...tobat la tak nak pergi dah.cukup 2 kali jer.takde dah kali ke 3 pasni.letih Ya Rabbi. Bayangkan aku keluar rumah 6 setengah pagi aku sampai rumah pukul 9 malam.Tau tak betapa melekitnya badan?Bau kambing!Tau tak sakitnya tetek?ye...nenen aku pedih dihiris-hiris susu yang penuh. macam belon nak pecah.

Sekali lagi aku tengok soalan math yang sama.soalan pengetahuan am yang sama.semuanya sama. yang berbeza cuma kali ni kena buat 3 layout!!!2 magazine 1 advertising!Eiii...panas jer bontot rasa tunggu punya tunggu...lembab sangat tau.yang datangnya ramai.lagi nak buat test macam-macam.Caitttt!!!

Kat sini aku nak cerita jumpa sorang budak lelaki yang kerek bajet kacak bajet hebat sekali lagi aku nak puihhhhhhhhhhhhhhhhhh...waktu kau tak tau kau pandai tanya orang bila dah aku jawab kau pandang pun tak muka aku sibuk nak budak cantik yang jawabkan..haih nasib Tuhan balas time tu jugak.Dan-dan kau boleh terhantuk kuat kat lampu waktu nak bangun dari kerusi..kahkah kan dah malu...mesti kau malu sangatkan semua orang tengok.dah la kuat gila.hambik ko!ptuihhhh sepuluh kali.

Aku sakit hati sangat kenapa orang gelak tengok aku dan boleh cakap aku ni macam budak sekolah tak habis belajar lagi..ok sekali aku jawab aku dah ada anak semua melopong.Aku tak suka dengan pandangan sinis macam aku tak layak dapat interview tu. Aku faham aku mungkin takde personaliti yang kebaboommmm macam budak perempuan lain yang datang dengan tudung lilit-lilit, dengan rambut perang hangus, dengan spek ala-ala oldskool, kasut tumit tinggi dan bla...bla..bla....dah tentulah aku bukan pilihan anak CEO (si tukang interview). Dan kenapa boleh ada pertikaian tentang gaji yang aku mintak?1.7k kau cakap tinggi sangat?macam tu baik dari awal kau tak payah panggil aku datang. Buang masa, tenaga dan duit...serta tetek yang sakit!

Ohya..dari pengamatan aku..aku dah tau jawapan walaupun kau bagi harapan suruh tunggu call dalam masa 2 minggu kalau dapat.sebab kau cakap walaupun banyak kali pernah datang interview tak semestinya akan dapat.Jangan serik cuba lagi...ahhhhh sudah la kau...ayat klise.artwork aku pun kau tak pandangkannnnn...sebab kau dah berkenan dengan budak lain kan..yang artwork tak berapa nak superb tapi gedik-gedik manja-manja tu kannnnnnnn...

Puii..

Akhirnya telefon canggih aku telah rosak buat selama-lamanya..selamat jalan.
Maka tiadalah alat pindah suara untuk sekian waktu yang tak boleh dikenalpasti.Aku jangkakan setahun baru boleh beli yang baru.OK...tu jer.


Tuesday 8 May 2012

Menangis di sudut meja

Tak mampu untuk tidur.mahu solat rasanya.air mata tak dapat disekang lagi....................... :'(


Aku mahu ayah
Aku rindu ayah
Aku mahu di kuburan
Mahu ayah bangkit
Bangkit menjaga ibuku
Menepis siulan sang jantan
Pulanglah ayah...
Hari ini rumah kita runtuh
Runtuh dek hasutan jantan
Ibu berlalu pergi
Bersama jantan durjana
Seperti hapusnya bahagia kita

Aku rindu ayah............ :'(



Catatan ini telah aku tulis pada 12.35pagi 8/5/2012.

Sungguh besar dosa, sungguh rasa terhina.
Aku cuma mahu ayah hidup semula.

Monday 7 May 2012

Interview kali ke-2 di Karangkraf

Aku tak tau macam mana nak mulakan...nak mula dan berhenti.Semalam aku hidupkan handphone yang separuh bangang dan.....tet!masuk satu sms ler.  "Anda dijemput hadir ke temuduga jawatan pereka grafik majalah pada bla...bla...blaa......"
Okeyyyyy okeyyyy....perasaan aku tak gembira..biasa-biasa jer. Sebab sebenarnya ni kali kedua aku akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Lepas interview tahun 2009, aku tak pernah rasa aku akan mintak kerja lagi kat Karangkraf. Cukuplah dengan interview satu hari, soalan IQ yang macam haram walaupun aku suka math. Of course la kan sekalipun aku dapat A1 SPM  untuk math tapi kalau dah berzaman yer berzamannnnn tak sentuh otak pun beku macam mana eh nak siapkan 50 soalan dalam masa 20 minit? Sekali lagi aku rasa lemau..Mengingatkan test personaliti diri, ujian komputer...semuanya 20 minit. Heh buat layout majalah remaja pun 20 minit. Rasa bongok menunggu giliran almaklum satu jawatan kosong 20 orang yang dipanggil interview. Nasib ketika tu agak baik. Napi menjadi peneman.suka dapat interview sekali tapi skang Napi dah kerja NSTP dan dah ada arnab putih kesayangan (kereta swift) :(

Untuk kali yang kedua ni aku nak lebih releks.aku taknak kabut sangat.Takpe tak siap pun aku nak hentam jer.  Tak nak harap sangat nanti sampai sudah tunggu tapi dok lagu tu jugak. Fikir-fikir balik kalau tak dapat pun bagus jugak. Kesian kat baby mesti nangis je orang lain jaga. Tapi kalau tak dapat adessss.......takdelah pendapatan nanti.sekarang sangatlah miskin.duit dalam beg pun duit syiling jerk.duit kertas langsung takder....tekanan sungguh. Semoga khamis ni aku berjaya!


Tengah pulun siapkan portfolio. 3 file dah tapi takleh save.dammmnnn!



Wednesday 2 May 2012

Teringin Nak Naik Tren

Dengar tajuk jer dah nampak macam jakun sangat tak pernah naik tren. Heh...mengikut perkiraan dah setahun lebih tak naik tren.Last aku naik ERL lah tu pun sebab gi balik keje KLIA..Lepas kahwin takde dah naik komuter ke, LRT ke, Monorel ke....takde dah..Teringin nak bau aircond tren ( giler! ), teringin nak berebut tempat duduk, teringin nak maki orang bila tren tak sampai-sampai, teringin nak naik komuter baru...eh baru je nampak aritu..ketinggalan zaman!

Cerita pasal naik tren ni aku terimbas kembali pulak pengalaman 3 tahun sudah. I was fucking shocked! (Speaking Manglish jap). Hari tu kalau tak silap pagi aku nak pergi interview kat Les'Copaque Shah Alam. Aku naik komuter sampai Padang Jawa. Tapi heh..setibanya di Kepong Sentral tiba-tiba seorang lelaki memakai baju kemeja, seluar slack masuk dari gerabak lain sambil memegang anu. Dia punya anu. Sambil menggosok anu (habis sopan dah bahasa ni)..Semua memandang sinis..Aku?...Aku pura-pura tidur tak sanggup tengok. Dan selepas itu....terdengarlah jeritan perempuan-perempuan, adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik...Akhirnya tren pun berhenti...Lelaki tadi pun dihumban keluar.Huhuh...nice experience?

Pipit Wonderful Market #8 Datang Lagi

Sabtu  5/5/2011 ada lagi si pipit ni. Yang menariknya aku tak dapat pergi...ada kenduri.Tapi baguslah aku tak punya sen untuk membeli. Rasanya dah 2/3 kali jugak aku menapak kat Annexe semata-mata nak join pipit. Pemandangan seperti biasa.....penuh dengan Cina..





Apa yang best? Banyak barang art la....kalau kau jenis yang nak branded, shopping kat KLCC..tak disyorkan datang...Barang kat pipit banyak yang cinonet tapi harga boleh meruntun jiwa. terpulang macam mana kau menilai jerih perih si pembuat. Berbaloi ke tak berbaloi boleh pergi dulu tengok-tengok. Nak share memori kat pipit. Seperti biasa, nak interframeee.....






Haron tak wujud lagi waktu ni. Harap Maklum.

Panda kaler hijau tu aku dah beli..RM36.00



Tengok sini > http://www.facebook.com/pipitzakkastore
Tak perlu cemburu dengan kehidupan mereka yang penuh warna warni. Tak perlu tanya mengapa hidup tak indah. Tak perlu pertikai hidup tak sempurna. Tak perlu rasa diri tu LOSER. 
Sebab?



C KUASA 2

C kuasa dua atau CC atau sebenarnya cheese cake..
Saya mahu makan cheese cake.

merembes air liur

Monday 30 April 2012

Selamat Hari Ibu Aina!

Belum 13 Mei lagi tapi terasa nak ucap untuk diri sendiri. Tahun ni tahun yang pertama dan rasanya tahun pertama jugak takkan dapat wish dari seorang suami. Biasanya apa yang kita harap dari yang sepatutnya tapi yang lain pulak muncul. Mungkin Allah bagi untuk mengubat hati ye tak?...Jika ditanya hadiah apa yang aku nak...jawapan aku banyak.Tapi sedia maklum takkan dapat..Jadi hari ibu kali ni aku cuma boleh mintak dan doa semoga Allah beri aku hayat yang panjang untuk tengok anak aku membesar..Nak mintak satu lagi boleh???Aku nak mintak anak aku sihat.Tiba-tiba rasa macam nak menangis.

SELAMAT HARI IBU AINA!


Selamat Hari Ibu jugak kepada Butbut.











Tekanan

Dah lama sangat tak dapat baju baru...dah lama sangat tak beli selipar baru..selipar pun tak rupa selipar dah. Agaknya macamnilah mak aku rasa dulu.Sekarang baru tahu besarnya pengorbanan mak dengan abah. Hari raya pun  anak-anak je yang ada baju raya..Masa kecik tak pernah fikir. Tak pernah bersyukur. Bila tak dapat barang mesti nak mengamuk...mesti nak merajuk..Dah besar panjang ni baru tau betapa tekanannya hidup.


Berharap sangat anak tak ikut perangai aku :(

Saturday 28 April 2012

Kaya

Siapa suka kaya?GILA KAU SIAPA TAK SUKA KAYA!
Eh aku pun sukalah..suka kaya....kaya yang sapu kat roti tu.yang dalam pau tu.yang yang yangggg...ermmm
Pada pendapat aku, aku lebih suka title senang dari kaya tu. Hidup senang pun dah cukup. Tak perlu kaya-raya. Jadi tak perlu risau rumah dirompak, tak perlu risau kau akan perlekehkan orang yang rendah darjat. Serius cakap aku tak senang bercampur dengan orang kaya. Sesetengahnya...atau mungkin kebanyakannya.
Lebih-lebih lagi anak orang kaya.Bermewah dengan harta yang bukan kau carik sendiri.

Ayat klise bagi yang ________(sila isi tempat kosong) kepada golongan sederhana seperti aku.

1. "Dah tau takde belilah bukan mahal pun".
2. "Heyyy..memanglah tahan. tahan seminggu.bunga ni import tau!" dan..."satu pasu ni lima ratus nihhhh.."
3. Dey.. macha! aku malas nak kasik contoh buat sakit hati je.

Hello..manusia!Jika barang yang patut dibeli tu sepuluh ringgit, malam ni jugak aku beli. Boleh tak satu kali dalam hidup kau (wahai orang kaya) bercakap ikut otak bukan kepala lutut. Berfikir dari sudut pandangan orang yang tak semampu kau sebelum meluahkan kata-kata. Ni nasihat aku je. Taknak dengar sudah.


Rimas-rimas aku nak bermesra dengan orang kaya...sesetengah/sebahagian/seciputan....ermmmm...


cakap sambil tangan di dada mata ke atas.

Perempuan Rambut Pendek Tak Cantik?

Stigma semua lelaki kot rasa perempuan rambut pendek tak cantik.Sebab? Macam lelakilah..tak femininlah..takleh belai rambutlah...takleh nak fesyen-fesyenlah...Aah...memang terhad. Tapi kalau tengok dari satu sisi je memanglah. Aku rasa rambut pendek ni lebih kemas, lebih simple walaupun ala-ala boyish..takmo la cakap tomboy. Aku tau aku faham rambut panjang tu cantik tapi takkan selama-lamanya nak panjang je kan. Manusia pun mudah rasa jemu kalau makan benda yang sama hari-hari. Takyah la bebel banyak-banyakkan. Cakap jelah nak potong rambut tuh! Meluat baca post ni.

 

Q: Alahai......comel tak kawan-kawan?
A: Comel..tapi kau tak comel macam tu yer.

Sabtu 28hb 4

Adeh.....entri malas...
Ada lagi baik layan gambar haron daripada tengok status update fb. Sakit otak hari ni semua cerita pasal Bersih 3.0. Sampai baby sebesar haron pun dipakaikannye tshirt kuning tu. Takpelah..aku tak layak cakap pasal politik. Nanti aku kena hentam balik.



Sorry...haron tak pakai kuning...haron pakai oren jer.



NOTAKENING:  layan blog kak senduk. dah update dahhhhh...http://meriahuoll.blogspot.com/ (hoi kak senduk!berani kau boh gambar fahrin 100% senduk punyaaa!!!!)

Friday 27 April 2012

Sambungan...

GAMBAR TERBARU ANAK ABUT!

:)

:)
Ok...membesar dengan jayanya..!tidur lena malam ni. :)))))

Kisah Kucing #1



Tak kisahlah nak cakap asyik-asyik cerita kucing. Aku suka.

Nak tunjuk anak abut (Butbut) 1st batch.ada 4 ekor tapi 2 dah mati.Sebab??? Abut beranak masa aku dalam pantang.takde sapa nak pantau kot. aku balik rumah pun lepas sebulan lebih. Jadi yang tinggal 2 ekor jer. Tapi agak sedih anak abut tak comel sangat macam didi ( jantan yang merogol abut ). Walaubagaimanapun aku tetap cakap semua kucing dalam dunia ni comel. Kucing kurap pun comel. Aku tak racist.

2 ekor ni dah pun selamat dapat tuan baru masa umur diorang 3 bulan. Mula-mula aku tak yakin orang lain boleh jaga kucing ni. Menangis sekejap nak lepaskan kucing ni pergi. Nak bela banyak-banyak tak mampu. 
Dan harini tuan kucing (anak abut) dah upload gambar terbaru diorang..Hehe...bersyukur sekejap..Salah jangkaan aku. TERIMA KASIH KALIAN!

ABUT >>>>EMAK

DIDI >>>>BAPAK






Kenduri Kahwin

Tahun ni meriah dengan kenduri kahwin..Yes.....tahun berikutnya pun aku yakin dapat makan nasik minyak setiap minggu. Ini membuktikan aku, kawan-kawan aku, kucing-kucing aku semakin tua.


NOTA KUKU : Tahniah kepada kawan-kawan  Poli JB (dah jadi PIS sekarang) yang akan kahwin minggu ni, bulan depan dan bulan depan seterusnya.

SAJE INTERFRAME.

Thursday 26 April 2012

MOOD

Takde mood aku nak menulis. masih ada hati nak update. sibuk mengevote aaron kat PA&MA Online. sibuk menggaru kepala, sibuk mencari kutu si putih.....dan sibuk mengeluh....hmmmmmm....




NOTA BIBIR : Nampak sangat kau ni bosan.!

GOOGLE JEK!

Friday 20 April 2012

Haron dan kawan baiknya

Tengok gambar ni mesti ramai yang marah aku. Baby takleh dekat ngan kucing lah..Bulu lah...
Jawapan aku...NO KOMEN!



PTPTN Free Mangkuk Kau!

Ok sila carut-marut dan maki aku sebab hal yang satu ni aku terasa gatal sangat nak menulis. Aku bukan penyokong tegar rumah biru. Kebencian mungkin pada perempuan rambut kembang semangkuk. dan aku lagi-lagi lah bukan penyokong tegar 3 rumah lain.Paham maksud aku?Tak faham sila terjun longkang. Macam mana boleh timbul soal percuma? Bangsa lain ker yang terhegeh-hegeh nak usulkan? Nak melabur najis pun kena bayar inikan pulak nak belajar. Kalau semuanya free aku tak rasa budak-budak zaman akan datang akan hargai keperitan nak dapat ilmu tu. Kelas tak pergi pun takpe. Yelah benda freekan. Tak rugi pun. Bohonglah kalau cakap duit ptptn kau guna 100% untuk belajar. Awal sem dapat duit terus pegi shopping. Duit tu jugak buat belanja dating. Sape sini nak carut aku meh! Tu kenyataan..kenyataan yang banyak orang nak menidakkan. Aku tak cakap semua. Mungkin stok yang nerd-nerd takde lah guna untuk belanja awek kan? Aku faham kalau lebih-lebih lagi budak yang banyak projek assignment. Memang duit untuk satu sem tu takkan cukup walaupun kau tak joli duit tu sekuman pun. Tapi macam mana pulak dengan kos yang belajar teori jer? Hujung sem ambik periksa. Untunglah duit ptptn kau boleh beli macam-macam. dan akhirnya kau tak payah bayar. Kalau nak buat free buat betul-betul. Orang yang pinjam tak habis bayar sebelum ni tak payah sambung bayar dah. Orang yang dah langsai hutang ptptn, kembalikan balik duit diorang. Macam ni barulah ADIL! PTPTN percuma untuk semua...untuk orang dulu dan sekarang..BOLEH BUAT?MAMPU TAK?Aku cabar yang sibuk sangat nak bagi free tu...Nak cakap aku gila? Sebab otak aku gilalah aku taknak bangsa aku tergadai. Kau nak free boleh, kau belajar dapat pointer tinggi dapat dekan then kau tak payah bayar balik. Senangkan? Itu jer yang akan galakkan kau belajar sungguh-sungguh. Sungguh ni aku tak tipu.

Thursday 19 April 2012

Telefon....telefon berbunyi.. ( nyanyi ala-ala wonderpet )

Kalau tengok manusia lain punya handphone...fuhhhhhhhhhhh.....hebat! BB, Galaxy Note, Iphone..............
Pada tahun 2012 yang serba canggih-manggih ni handphone aku adalah..........jeng jeng jenggg  >>>>>>>>

rilek aina....tak semua orang mampu.  

P/S : Cuma mampu tengok.... *__*

Kuih Hijau Yang Super Sedap ^^

Sumber : Google Image (Sori gua cilok)
Dikisahkan pada suatu pagi atau setiap pagi aku gilakan kuih hijau untuk dicekik..ya setiap hari. tak muak pun. Tapi kenapa? kenapa acik jual kuih ni cepat jer habis kat rumah aku? pukul 8 pegi beli dah takde....sob....sob....ramai jugak hantu kuih ni yer. nak buat tak pandai..tengok resepi rumit lah pulak. :(
Dan sekian kalinya aku terseksa....kempunan nak makan.

Gambar Penghilang Stress







KURUS

Hahahahaha...bukan cerita pasal aku tapi cerita pasal......" Abang..bila nak kurus? "

4 bulan sebelum menikah dan sekarang....................

5 bulan yang memenatkan.

Anak aku dah 5 bulan beb. Semakin dia membesar semakin tertekan aku melayan kerenah dia. Aku bersyukur sangat dapat anak ni. bukan tak bersyukur. cuma aku rasa anak aku ni lasak sangat. hyperaktif mungkin? Betul orang cakap, jaga anak lagi susah dari jaga satu kandang lembu...ok ni perumpamaan jer. aku tak cakap aku samakan anak aku dengan lembu ok.. anak aku 100 kali ganda lagi comel. Yang merunsingkan aku sekarang..adakah aku ni mak yang garang? tiap-tiap hari aku rasa mesti aku akan marah Aaron. Muntah atas baju, muntah atas bantal, muntah atas toto yang baru jer aku hantar dobi..grrrrrrrrrrrrr!!! Semua barang kalau boleh nak masuk mulut. Part yang ni aku rasa normal la untuk budak umur 5 bulan tapi kalau dah sampai selipar jamban pun nak masuk mulut agak-agak la kan aku hangin tak? Beli stroller mahal-mahal ( padahal baru dua ratus jer dah kecoh ) dia taknak duduk hokeyyyy...dalam seat kereta yang kakak aku beli pun tak nak duduk jugak...dalam walker pulak bertahan 5 minit je. Adakah anak aku tau yang mak bapak dia ni stress? Stress sesangat. Belum lagi kalau dengar bab melalak tu ya Allah.....satu blok boleh dengar. Kalau dah start tak boleh pause pulak tu. Mental sekejap aku. Nak dukung..nak dukung..nak dukung.... Wahai anakku sayang, ibu takde badan macam Malik Noor...tak larat ibu ni nak dukung kau 24jam.

Kadang-kadang aku fikir macam aku ni zalim sangat dengan anak sendiri. Dia nangis aku marah. Aku cepat sangat hilang sabar.....emosi sikit sejak jadi suri rumah. Yelah nak kerja tak boleh. Duit pulak asyik tak cukup jer..stress, stresss, stressssssssss.....Bila lah anak aku nak hisap botol ni..Nak tinggal dengan orang payah..aku takde pilihan..aku tak nak tua dengan menjadi mak-mak orang..Cuba fikir..kenapa orang takde anak sibuk nak anak?tapi yang ada anak marah-marah anak. Macam tak hargai anak pulak. hmmmmm.........

dah besar jangan nakal ok. ibu penyek-penyek nanti.

The Good Old Days



Hehe...tajuk cerita TVB zaman dulu. sekolah rendah. Mak aku minat habis si Sau Hau...Cerita sedih. Tipu tak nangis kalau tengok. Tapi dah diulang-ulang takde lah sedihnye lagi. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal Sau Hau ker Ho Sang ker.. tapi nak cakap pasal video MY GENERASI. Ek eleh baru sekarang nak post. terujalah tengok.memang sama sangat dengan kehidupan kecik-kecik dulu. Terer si pencetus idea. Kalau aku pun mungkin tak pernah terfikirkan nak kaitkan facebook dengan zaman dulu. Tabik spring. Dan sekarang orang yang sama dah buat satu lagi video dengan tajuk ONLY IN MALAYSIA. sayang seribu kali sayang aku still tak boleh load video ni.apehal? Layan dulu MY GENERASI.

http://www.youtube.com/watch?v=CzkAPMWNSGc

Wednesday 18 April 2012

Blog cantik

Sentap kejap tengok blog cantik. Bab coding HTML ni aku pening sikit.kena tengok berjam-jam baru leh tangkap. tulah sape suruh dulu lari Uitm. kan dah padan muka. kalau tak sekarang aku takkan jadi graphic designer tapi programmer atau paling tidak system developer..ewahhh nyesal plak kan. padan muka. K lah aku nak boh sini satu link.aku rasa budak ni bagus sebab ada effort nak ajar aku yang tak pandai ni adjust blog.

Bleh tengok video kat sini..Cari sendiri. http://cicakdanlelabah.blogspot.com/search/label/tutorial

Nak ni..yang ni

MOHAMAD FAIZAL...tolong lah dengar rintihan hati ini..sayang nak ni..yang ni...macam dulu waktu belum kahwin. BOLEH?



kenapa pendek-pendek

Aku pun terfikir lah..kenapa yer semua post pendek-pendek jer ayat. Kalau ada ranking dah lama blog aku ni yang paling corot paling bosan dibaca dan banyak merapu. Takde kesinambungan. Alasan klise..aku tak pandai tulis, aku tak minat tulis, aku tak puitis, aku tak macho dan paling tepat aku takdak idea. K dah bye.

Setahun yang pasti.



365 HARI atau dah lebih hari aku hidup dengannya. Kadang-kadang aku tertanya-tanya benarkah aku ni tulang rusuk yang hilang?sepadankah dengan yang hilang? Jujur dia banyak kekurangan, jujur jugak dia banyak kelebihan. Tak puas hati? Banyak aku tak puas hati. Mana ada yang sempurna dalam hidup..Walau rumah tak cantik, walau takde harta sendiri, walau  cincin kosong di jari, walau hati kerap cedera tapi hati tetap cakap...AKU SAYANG.

My Haron...I love U