Monday, 7 May 2012

Interview kali ke-2 di Karangkraf

Aku tak tau macam mana nak mulakan...nak mula dan berhenti.Semalam aku hidupkan handphone yang separuh bangang dan.....tet!masuk satu sms ler.  "Anda dijemput hadir ke temuduga jawatan pereka grafik majalah pada bla...bla...blaa......"
Okeyyyyy okeyyyy....perasaan aku tak gembira..biasa-biasa jer. Sebab sebenarnya ni kali kedua aku akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Lepas interview tahun 2009, aku tak pernah rasa aku akan mintak kerja lagi kat Karangkraf. Cukuplah dengan interview satu hari, soalan IQ yang macam haram walaupun aku suka math. Of course la kan sekalipun aku dapat A1 SPM  untuk math tapi kalau dah berzaman yer berzamannnnn tak sentuh otak pun beku macam mana eh nak siapkan 50 soalan dalam masa 20 minit? Sekali lagi aku rasa lemau..Mengingatkan test personaliti diri, ujian komputer...semuanya 20 minit. Heh buat layout majalah remaja pun 20 minit. Rasa bongok menunggu giliran almaklum satu jawatan kosong 20 orang yang dipanggil interview. Nasib ketika tu agak baik. Napi menjadi peneman.suka dapat interview sekali tapi skang Napi dah kerja NSTP dan dah ada arnab putih kesayangan (kereta swift) :(

Untuk kali yang kedua ni aku nak lebih releks.aku taknak kabut sangat.Takpe tak siap pun aku nak hentam jer.  Tak nak harap sangat nanti sampai sudah tunggu tapi dok lagu tu jugak. Fikir-fikir balik kalau tak dapat pun bagus jugak. Kesian kat baby mesti nangis je orang lain jaga. Tapi kalau tak dapat adessss.......takdelah pendapatan nanti.sekarang sangatlah miskin.duit dalam beg pun duit syiling jerk.duit kertas langsung takder....tekanan sungguh. Semoga khamis ni aku berjaya!


Tengah pulun siapkan portfolio. 3 file dah tapi takleh save.dammmnnn!



1 comment:

  1. interview face 2 face takde ke utk pereka grafik?

    ReplyDelete