Saturday, 26 May 2012

Murah Rezeki

Selepas menatap satu blog popular ni, aku terpanggil untuk mengepost hal yang sama.Bukan meniru tapi benda yang ditulis ni ada kaitan dengan apa yang ayah aku bagitau dulu.Cuma biasalah aku ni tak ambik port sangat atau mungkin tak pasti yakin ke tidak tentang perkara ni jadi aku lupakan hasrat untuk berkongsi dengan orang melainkan suami aku. Ini berkenaan dengan doa dimana orang Melayu tipikal...(typical meleis) berfikir kalau berdoa mesti nak mintak dimurahkan rezeki.So sekarang mari kita baca tulisan dari blog ni. Aku copy paste.

"Apabila minta/berdoa kepada Allah, be specific. Kalau kau cakap “Ya Allah murahkan lah rezeki ku..” memang kau akan dapat murah rezeki.  Dapat pen sebatang pun boleh dikira murah rezeki. Akak Kerani belanja kopok lekor 3 ketul pun kira murah rezeki. Tapi tak mencapai goal kau pun. Jadi lepas ni berdoa dengan spesifik. “Ya Allah ya tuhan ku, aku nak duit RM100 ribu tahun 2012 ni. Aku bermohon jayakanlah segala usaha aku,” atau “Ya Allah, aku nak naik pangkat. Aku nak jadi Art Director. Aku dah taknak jadi designer lagi,” and so on. (I like this point the most)" - credit to perempuanjomblo.blogspot


Okey...okey..jadi bermakna tak salah lagi kata-kata ayah aku.Tapi aku rasa lah doa mintak seratus ribu tu agak over.melampau sikit. Ni pandangan aku.Macam kau ni tamak sangat. Tak kesahlah kau nak fikir macam mana tanggapan orang berbeza-beza.Doa yang ayah aku ajar simple jer.....kau jangan sesekali doa.."Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku". Betul...memang betul rezeki kau murah..Murahan punya. Yang sepatutnya...."Ya Allah, Kau berikanlah aku rezeki yang mahal-mahal.".....ADA FAHAM?



Sama-samalah kita berubah yer.






No comments:

Post a Comment