Saturday, 26 May 2012

Hadiah Mengejut

Tengah hari tadi aku memang terasa nak naik angin.Faizal keluar rumah macam tu jer.Tak bagitau pun nak pergi mana.Aku faham sekarang ni konsep rumah tangga.Suami nak keluar tak payah report kat bini. Tapi isteri ada hak jugak untuk tahu.Dah lazimnya perempuan ni bersifat mudah risau.suka fikir yang bukan-bukan.imaginasi melampau.

Ye aku mengaku aku panas baran.suka buat muka tak puas hati.Nak call tak boleh.dia macam sengaja jer tak bawak handphone.Hati dah makin panas..Aku bangun kunci pintu gril.Selang berapa minit dia balik. Dia seyum. Kenapa ek senyum?

Dihulur satu kotak hadiah berbalut bunga-bunga.Siap dengan kad bercetak LOVE...tapi takde kesan pen.Kosong.Tak tulis apa-apa.Heh?..."Hadiah untuk siapa ni?"aku tanya..."Bukaklah"dia jawab. Okey aku dah start pelik.Dari nak marah dah tak jadi marah. Dari mendidih terus sejuk beku.Aku bukak ni..bukak dengan muka kerut.Tu diaaaaa...............kotak samsung...isi dalamnya handphone.Terkesima kejap.

Jap..jap..jap...mana dapat duit ni?Perasaan curios tu melebihi perasaan terharu.Yang terharu tu datang kemudian.Rasa nak menangis pun ada.Aku tau sejak kahwin hidup kita tak berapa senang.Tambah sejak aku tak kerja.Aku kesian dengan suami aku.Dalam waktu susah macam ni pun masih lagi nak belikan handphone.Dia cakap nanti susah kalau ada emergency.Takkan nak harap chat facebook je waktu dia pergi kerja.Tak kesah lah walaupun handphone tak mahal (mesti orang cakap elehhh dapat handphone murah pun nak post) aku tak peduli.Ini hadiah dari suami aku.Setakat yang dia mampu.Tetap hadiah termahal di hati aku....Air mata dah bergenang.



T E R I M A K A S I H C I N T A!




Kualiti gambar buruk.(sumber kamera hp mak aku)

3 comments:

  1. so sweet~

    terharu sat. sob.sob~ tumpang happy!

    hee. nak request leh. cecite sal love story aina.. cmne kenal. bla3.. ape yang aina rase leh share~ hik3.. gedik nak tahu! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry shat.setakat ni tak rase lagi nk post bnde ni.sbb xde ape yg menarik.mgkin sebab aina ni gf no.2.terambik hak orang tanpe pengetahuan diri sendiri..huhuhu

      Delete