Friday, 20 April 2012
PTPTN Free Mangkuk Kau!
Ok sila carut-marut dan maki aku sebab hal yang satu ni aku terasa gatal sangat nak menulis. Aku bukan penyokong tegar rumah biru. Kebencian mungkin pada perempuan rambut kembang semangkuk. dan aku lagi-lagi lah bukan penyokong tegar 3 rumah lain.Paham maksud aku?Tak faham sila terjun longkang. Macam mana boleh timbul soal percuma? Bangsa lain ker yang terhegeh-hegeh nak usulkan? Nak melabur najis pun kena bayar inikan pulak nak belajar. Kalau semuanya free aku tak rasa budak-budak zaman akan datang akan hargai keperitan nak dapat ilmu tu. Kelas tak pergi pun takpe. Yelah benda freekan. Tak rugi pun. Bohonglah kalau cakap duit ptptn kau guna 100% untuk belajar. Awal sem dapat duit terus pegi shopping. Duit tu jugak buat belanja dating. Sape sini nak carut aku meh! Tu kenyataan..kenyataan yang banyak orang nak menidakkan. Aku tak cakap semua. Mungkin stok yang nerd-nerd takde lah guna untuk belanja awek kan? Aku faham kalau lebih-lebih lagi budak yang banyak projek assignment. Memang duit untuk satu sem tu takkan cukup walaupun kau tak joli duit tu sekuman pun. Tapi macam mana pulak dengan kos yang belajar teori jer? Hujung sem ambik periksa. Untunglah duit ptptn kau boleh beli macam-macam. dan akhirnya kau tak payah bayar. Kalau nak buat free buat betul-betul. Orang yang pinjam tak habis bayar sebelum ni tak payah sambung bayar dah. Orang yang dah langsai hutang ptptn, kembalikan balik duit diorang. Macam ni barulah ADIL! PTPTN percuma untuk semua...untuk orang dulu dan sekarang..BOLEH BUAT?MAMPU TAK?Aku cabar yang sibuk sangat nak bagi free tu...Nak cakap aku gila? Sebab otak aku gilalah aku taknak bangsa aku tergadai. Kau nak free boleh, kau belajar dapat pointer tinggi dapat dekan then kau tak payah bayar balik. Senangkan? Itu jer yang akan galakkan kau belajar sungguh-sungguh. Sungguh ni aku tak tipu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment