Saturday, 19 May 2012

Puii..

Akhirnya telefon canggih aku telah rosak buat selama-lamanya..selamat jalan.
Maka tiadalah alat pindah suara untuk sekian waktu yang tak boleh dikenalpasti.Aku jangkakan setahun baru boleh beli yang baru.OK...tu jer.


Tuesday, 8 May 2012

Menangis di sudut meja

Tak mampu untuk tidur.mahu solat rasanya.air mata tak dapat disekang lagi....................... :'(


Aku mahu ayah
Aku rindu ayah
Aku mahu di kuburan
Mahu ayah bangkit
Bangkit menjaga ibuku
Menepis siulan sang jantan
Pulanglah ayah...
Hari ini rumah kita runtuh
Runtuh dek hasutan jantan
Ibu berlalu pergi
Bersama jantan durjana
Seperti hapusnya bahagia kita

Aku rindu ayah............ :'(



Catatan ini telah aku tulis pada 12.35pagi 8/5/2012.

Sungguh besar dosa, sungguh rasa terhina.
Aku cuma mahu ayah hidup semula.

Monday, 7 May 2012

Interview kali ke-2 di Karangkraf

Aku tak tau macam mana nak mulakan...nak mula dan berhenti.Semalam aku hidupkan handphone yang separuh bangang dan.....tet!masuk satu sms ler.  "Anda dijemput hadir ke temuduga jawatan pereka grafik majalah pada bla...bla...blaa......"
Okeyyyyy okeyyyy....perasaan aku tak gembira..biasa-biasa jer. Sebab sebenarnya ni kali kedua aku akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Lepas interview tahun 2009, aku tak pernah rasa aku akan mintak kerja lagi kat Karangkraf. Cukuplah dengan interview satu hari, soalan IQ yang macam haram walaupun aku suka math. Of course la kan sekalipun aku dapat A1 SPM  untuk math tapi kalau dah berzaman yer berzamannnnn tak sentuh otak pun beku macam mana eh nak siapkan 50 soalan dalam masa 20 minit? Sekali lagi aku rasa lemau..Mengingatkan test personaliti diri, ujian komputer...semuanya 20 minit. Heh buat layout majalah remaja pun 20 minit. Rasa bongok menunggu giliran almaklum satu jawatan kosong 20 orang yang dipanggil interview. Nasib ketika tu agak baik. Napi menjadi peneman.suka dapat interview sekali tapi skang Napi dah kerja NSTP dan dah ada arnab putih kesayangan (kereta swift) :(

Untuk kali yang kedua ni aku nak lebih releks.aku taknak kabut sangat.Takpe tak siap pun aku nak hentam jer.  Tak nak harap sangat nanti sampai sudah tunggu tapi dok lagu tu jugak. Fikir-fikir balik kalau tak dapat pun bagus jugak. Kesian kat baby mesti nangis je orang lain jaga. Tapi kalau tak dapat adessss.......takdelah pendapatan nanti.sekarang sangatlah miskin.duit dalam beg pun duit syiling jerk.duit kertas langsung takder....tekanan sungguh. Semoga khamis ni aku berjaya!


Tengah pulun siapkan portfolio. 3 file dah tapi takleh save.dammmnnn!



Wednesday, 2 May 2012

Teringin Nak Naik Tren

Dengar tajuk jer dah nampak macam jakun sangat tak pernah naik tren. Heh...mengikut perkiraan dah setahun lebih tak naik tren.Last aku naik ERL lah tu pun sebab gi balik keje KLIA..Lepas kahwin takde dah naik komuter ke, LRT ke, Monorel ke....takde dah..Teringin nak bau aircond tren ( giler! ), teringin nak berebut tempat duduk, teringin nak maki orang bila tren tak sampai-sampai, teringin nak naik komuter baru...eh baru je nampak aritu..ketinggalan zaman!

Cerita pasal naik tren ni aku terimbas kembali pulak pengalaman 3 tahun sudah. I was fucking shocked! (Speaking Manglish jap). Hari tu kalau tak silap pagi aku nak pergi interview kat Les'Copaque Shah Alam. Aku naik komuter sampai Padang Jawa. Tapi heh..setibanya di Kepong Sentral tiba-tiba seorang lelaki memakai baju kemeja, seluar slack masuk dari gerabak lain sambil memegang anu. Dia punya anu. Sambil menggosok anu (habis sopan dah bahasa ni)..Semua memandang sinis..Aku?...Aku pura-pura tidur tak sanggup tengok. Dan selepas itu....terdengarlah jeritan perempuan-perempuan, adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik...Akhirnya tren pun berhenti...Lelaki tadi pun dihumban keluar.Huhuh...nice experience?

Pipit Wonderful Market #8 Datang Lagi

Sabtu  5/5/2011 ada lagi si pipit ni. Yang menariknya aku tak dapat pergi...ada kenduri.Tapi baguslah aku tak punya sen untuk membeli. Rasanya dah 2/3 kali jugak aku menapak kat Annexe semata-mata nak join pipit. Pemandangan seperti biasa.....penuh dengan Cina..





Apa yang best? Banyak barang art la....kalau kau jenis yang nak branded, shopping kat KLCC..tak disyorkan datang...Barang kat pipit banyak yang cinonet tapi harga boleh meruntun jiwa. terpulang macam mana kau menilai jerih perih si pembuat. Berbaloi ke tak berbaloi boleh pergi dulu tengok-tengok. Nak share memori kat pipit. Seperti biasa, nak interframeee.....






Haron tak wujud lagi waktu ni. Harap Maklum.

Panda kaler hijau tu aku dah beli..RM36.00



Tengok sini > http://www.facebook.com/pipitzakkastore
Tak perlu cemburu dengan kehidupan mereka yang penuh warna warni. Tak perlu tanya mengapa hidup tak indah. Tak perlu pertikai hidup tak sempurna. Tak perlu rasa diri tu LOSER. 
Sebab?



C KUASA 2

C kuasa dua atau CC atau sebenarnya cheese cake..
Saya mahu makan cheese cake.

merembes air liur