Saturday, 26 May 2012

Arkib Kamera Emak

Yey..berjaya jugak bagi tiga perkataan untuk tajuk entri..muahahaha...Aku taknak tulis panjang-panjang..cuma nak kongsi gambar dari arkib kamera telefon milik emak.Gambar terpilih sahaja.








Gambar 1: Butbut waktu kecik.
Gambar 2: Makngah dan sepupu aku Ayu.
Gambar 3: Haron dikala baby.
Gambar 4: Haron dikala baby 3 bulan (Nampak hitam la plak).
Gambar 5: Haron 6 bulan.

Kesimpulan disini aku bukanlah tengah bosan sebab post entri macam ni.Alasan cuma nak blog aku ceria sikit.Lama tak boh gambar real....Real maksud aku yang bukan dicilok dari siti google.Aku masih menanti DSLR kembali berfungsi...OK.Selamat Malam!

Tajuk

Mulai hari ni aku akan berusaha dengah gigih untuk menulis tajuk yang lebih panjang.Setakat ni dua kerat je.Aku malas nak fikir tajuk yang ngetop keren.

Hadiah Mengejut

Tengah hari tadi aku memang terasa nak naik angin.Faizal keluar rumah macam tu jer.Tak bagitau pun nak pergi mana.Aku faham sekarang ni konsep rumah tangga.Suami nak keluar tak payah report kat bini. Tapi isteri ada hak jugak untuk tahu.Dah lazimnya perempuan ni bersifat mudah risau.suka fikir yang bukan-bukan.imaginasi melampau.

Ye aku mengaku aku panas baran.suka buat muka tak puas hati.Nak call tak boleh.dia macam sengaja jer tak bawak handphone.Hati dah makin panas..Aku bangun kunci pintu gril.Selang berapa minit dia balik. Dia seyum. Kenapa ek senyum?

Dihulur satu kotak hadiah berbalut bunga-bunga.Siap dengan kad bercetak LOVE...tapi takde kesan pen.Kosong.Tak tulis apa-apa.Heh?..."Hadiah untuk siapa ni?"aku tanya..."Bukaklah"dia jawab. Okey aku dah start pelik.Dari nak marah dah tak jadi marah. Dari mendidih terus sejuk beku.Aku bukak ni..bukak dengan muka kerut.Tu diaaaaa...............kotak samsung...isi dalamnya handphone.Terkesima kejap.

Jap..jap..jap...mana dapat duit ni?Perasaan curios tu melebihi perasaan terharu.Yang terharu tu datang kemudian.Rasa nak menangis pun ada.Aku tau sejak kahwin hidup kita tak berapa senang.Tambah sejak aku tak kerja.Aku kesian dengan suami aku.Dalam waktu susah macam ni pun masih lagi nak belikan handphone.Dia cakap nanti susah kalau ada emergency.Takkan nak harap chat facebook je waktu dia pergi kerja.Tak kesah lah walaupun handphone tak mahal (mesti orang cakap elehhh dapat handphone murah pun nak post) aku tak peduli.Ini hadiah dari suami aku.Setakat yang dia mampu.Tetap hadiah termahal di hati aku....Air mata dah bergenang.



T E R I M A K A S I H C I N T A!




Kualiti gambar buruk.(sumber kamera hp mak aku)

Murah Rezeki

Selepas menatap satu blog popular ni, aku terpanggil untuk mengepost hal yang sama.Bukan meniru tapi benda yang ditulis ni ada kaitan dengan apa yang ayah aku bagitau dulu.Cuma biasalah aku ni tak ambik port sangat atau mungkin tak pasti yakin ke tidak tentang perkara ni jadi aku lupakan hasrat untuk berkongsi dengan orang melainkan suami aku. Ini berkenaan dengan doa dimana orang Melayu tipikal...(typical meleis) berfikir kalau berdoa mesti nak mintak dimurahkan rezeki.So sekarang mari kita baca tulisan dari blog ni. Aku copy paste.

"Apabila minta/berdoa kepada Allah, be specific. Kalau kau cakap “Ya Allah murahkan lah rezeki ku..” memang kau akan dapat murah rezeki.  Dapat pen sebatang pun boleh dikira murah rezeki. Akak Kerani belanja kopok lekor 3 ketul pun kira murah rezeki. Tapi tak mencapai goal kau pun. Jadi lepas ni berdoa dengan spesifik. “Ya Allah ya tuhan ku, aku nak duit RM100 ribu tahun 2012 ni. Aku bermohon jayakanlah segala usaha aku,” atau “Ya Allah, aku nak naik pangkat. Aku nak jadi Art Director. Aku dah taknak jadi designer lagi,” and so on. (I like this point the most)" - credit to perempuanjomblo.blogspot


Okey...okey..jadi bermakna tak salah lagi kata-kata ayah aku.Tapi aku rasa lah doa mintak seratus ribu tu agak over.melampau sikit. Ni pandangan aku.Macam kau ni tamak sangat. Tak kesahlah kau nak fikir macam mana tanggapan orang berbeza-beza.Doa yang ayah aku ajar simple jer.....kau jangan sesekali doa.."Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku". Betul...memang betul rezeki kau murah..Murahan punya. Yang sepatutnya...."Ya Allah, Kau berikanlah aku rezeki yang mahal-mahal.".....ADA FAHAM?



Sama-samalah kita berubah yer.






Menipu sekali dua kali tiga kali

Penyakit menipu ni memang susah nak ditangani.Lebih-lebih lagi  kalau dah sebati dengan gen-gen dan sel-sel dalam badan.Siapa tak pernah menipu sepanjang hayat dia aku rasa tak mungkinlah.Ni cerita pasal manusia biasa.Jangan kau kaitkan Nabi pulak.

Aku boleh maafkan bila menipu sekali.Bila dua kali menipu pun aku maafkan. Macam mana pulak kalau 3 4 5 6 7 8 9 100 1000 kali orang menipu walaupun dah diingatkan berkali-kali jangan menipu lagi.Aku tak nak cakap salah mak bapak ajar menipu dari kecik. Sebab menipu tu pilihan sendiri.

Untuk yang dah terbiasa menipu tu aku fikir dia sebenarnya manusia yang ada 2 identiti. Macam cerita Dr. Jekyll & Mr. Hide ( <<< buku sastera masa form 2 kot ) atau mungkin dia adalah "two faces" dalam cerita Batman.Orang yang kuat menipu mungkin pada dasarnya dia sendiri keliru dengan apa yang dia cakap. Dia sendiri tak boleh pastikan yang mana sahih yang mana bukan. Senang cerita, wayar dalam kepala dah putus.
Itu ayat yang paling tepat untuk penipu. Sekian.


NOTAKENING: Penipu selamanya adalah penipu.Tak cayer?

Makan Jalan

Agaknya lapar sangat tak dapat makan nasik tu yang makan jalan tu...Tolonglahhhhh...sebelum makan jalan tu fikir dulu apa impaknya. Memang sajer je ke nak eksiden?Kok ye pun dah puas hidup ingat sikit orang lain yang berada dalam kereta ni.Dah lama aku perhati..Selalu sangat makan jalan...Memang kau ni jenis tak makan saman.


P/S: Huhu....banyak pulak perkataan makan yer.Makan hati ketika menaip nih.

Saturday, 19 May 2012

Lama Tunggu

Tadi dalam perjalanan pergi kenduri aku memang panas hati sangat ditambah dengan cuaca yang memang sah-sah panas tengah hari.Nak dijadikan cerita kawan baik aku nak tumpang gi kenduri mintak aku jemput kat terminal.Okey...aku bersiap dengan segala pantas mengenangkan kesian kawan aku tunggu lama.panas pulak tu.Bila aku sampai dia cakap dia tengah tukar baju kat toilet.Aku menunggu dengan sabar sambil memegang anak yang merengek-rengek.lasak!Aku tunggu.Aku call...tak jawab.sms masuk."Jap.tunggu aku turun."
ok..ok...aku tunggu lagi..haron semakin kuat merengek.panas la katakan.tunggu punya tunggu dia call..."weh tunggu jap aku nak gi round carik hadiah".................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................apekah perasaan aku yang sedang menunggu?...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Adakah kau tahu yang sekarang dah pukul 1 setengah?Dan sekarang kau cakap baru nak beli hadiah?Dammmmmmmmmmmnnnnnn.....

Tapi mungkin kerana kau kawan baik aku dari kecik dan kau semacam tau nak ambil hati..kau belikan haron mainan.dengan muka tak bersalah kau masuk kereta dan aku pun senyum macam kerang busuk.Nak marah pun tak boleh..sebab kau kawan baik aku..dan aku dah lali dengan perangai kau.

Harap kau tak baca ni lah yer kawan baik..sebab kau kawan baik.toksah terasa bagai.kau memang baik cuma hari ni terasa nak berlaku jujur..Apapun kau baik dan aku sayang kau..tetappppp!



Kamera rosak lahhh

Hoyyeahhh...aku suka..aku sukaaaa.....rahmat bertimpa-timpa..kamera rosak pulak dah..yey!!!!ape situ kau tulis? camera error? wowwwww....aku sukaaaa!

Gaji kecik

Ada seorang umat manusia mengeluh.dikatanya gaji 2 ribu lebih kecik.EHHH kejap-kejap....nak kata ada tanggungan tak ade pulak.malah ada suami gaji lagi riban-riban.tapi manusia tak pernah rasa cukup.Hidup mewah sakan.Aku rasa lah kau ni patut tengok orang lain punya kehidupanlah.Macam arwah bapak aku punya gaji kerja jaga tambah pencen askar nak besarkan anak dan tanggung isteri yang tak bekerja. Itulah orang cakap...asyik tengok atas jer sampai lupa tengok yang ada kat bawah...bawak-bawak lah bersyukur ye mokcik.

Interview busukkk!!!




Lupakan puisi emosi.heheh...adoi la ni nak cakap pasal interview haritu...tobat la tak nak pergi dah.cukup 2 kali jer.takde dah kali ke 3 pasni.letih Ya Rabbi. Bayangkan aku keluar rumah 6 setengah pagi aku sampai rumah pukul 9 malam.Tau tak betapa melekitnya badan?Bau kambing!Tau tak sakitnya tetek?ye...nenen aku pedih dihiris-hiris susu yang penuh. macam belon nak pecah.

Sekali lagi aku tengok soalan math yang sama.soalan pengetahuan am yang sama.semuanya sama. yang berbeza cuma kali ni kena buat 3 layout!!!2 magazine 1 advertising!Eiii...panas jer bontot rasa tunggu punya tunggu...lembab sangat tau.yang datangnya ramai.lagi nak buat test macam-macam.Caitttt!!!

Kat sini aku nak cerita jumpa sorang budak lelaki yang kerek bajet kacak bajet hebat sekali lagi aku nak puihhhhhhhhhhhhhhhhhh...waktu kau tak tau kau pandai tanya orang bila dah aku jawab kau pandang pun tak muka aku sibuk nak budak cantik yang jawabkan..haih nasib Tuhan balas time tu jugak.Dan-dan kau boleh terhantuk kuat kat lampu waktu nak bangun dari kerusi..kahkah kan dah malu...mesti kau malu sangatkan semua orang tengok.dah la kuat gila.hambik ko!ptuihhhh sepuluh kali.

Aku sakit hati sangat kenapa orang gelak tengok aku dan boleh cakap aku ni macam budak sekolah tak habis belajar lagi..ok sekali aku jawab aku dah ada anak semua melopong.Aku tak suka dengan pandangan sinis macam aku tak layak dapat interview tu. Aku faham aku mungkin takde personaliti yang kebaboommmm macam budak perempuan lain yang datang dengan tudung lilit-lilit, dengan rambut perang hangus, dengan spek ala-ala oldskool, kasut tumit tinggi dan bla...bla..bla....dah tentulah aku bukan pilihan anak CEO (si tukang interview). Dan kenapa boleh ada pertikaian tentang gaji yang aku mintak?1.7k kau cakap tinggi sangat?macam tu baik dari awal kau tak payah panggil aku datang. Buang masa, tenaga dan duit...serta tetek yang sakit!

Ohya..dari pengamatan aku..aku dah tau jawapan walaupun kau bagi harapan suruh tunggu call dalam masa 2 minggu kalau dapat.sebab kau cakap walaupun banyak kali pernah datang interview tak semestinya akan dapat.Jangan serik cuba lagi...ahhhhh sudah la kau...ayat klise.artwork aku pun kau tak pandangkannnnn...sebab kau dah berkenan dengan budak lain kan..yang artwork tak berapa nak superb tapi gedik-gedik manja-manja tu kannnnnnnn...

Puii..

Akhirnya telefon canggih aku telah rosak buat selama-lamanya..selamat jalan.
Maka tiadalah alat pindah suara untuk sekian waktu yang tak boleh dikenalpasti.Aku jangkakan setahun baru boleh beli yang baru.OK...tu jer.


Tuesday, 8 May 2012

Menangis di sudut meja

Tak mampu untuk tidur.mahu solat rasanya.air mata tak dapat disekang lagi....................... :'(


Aku mahu ayah
Aku rindu ayah
Aku mahu di kuburan
Mahu ayah bangkit
Bangkit menjaga ibuku
Menepis siulan sang jantan
Pulanglah ayah...
Hari ini rumah kita runtuh
Runtuh dek hasutan jantan
Ibu berlalu pergi
Bersama jantan durjana
Seperti hapusnya bahagia kita

Aku rindu ayah............ :'(



Catatan ini telah aku tulis pada 12.35pagi 8/5/2012.

Sungguh besar dosa, sungguh rasa terhina.
Aku cuma mahu ayah hidup semula.

Monday, 7 May 2012

Interview kali ke-2 di Karangkraf

Aku tak tau macam mana nak mulakan...nak mula dan berhenti.Semalam aku hidupkan handphone yang separuh bangang dan.....tet!masuk satu sms ler.  "Anda dijemput hadir ke temuduga jawatan pereka grafik majalah pada bla...bla...blaa......"
Okeyyyyy okeyyyy....perasaan aku tak gembira..biasa-biasa jer. Sebab sebenarnya ni kali kedua aku akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Lepas interview tahun 2009, aku tak pernah rasa aku akan mintak kerja lagi kat Karangkraf. Cukuplah dengan interview satu hari, soalan IQ yang macam haram walaupun aku suka math. Of course la kan sekalipun aku dapat A1 SPM  untuk math tapi kalau dah berzaman yer berzamannnnn tak sentuh otak pun beku macam mana eh nak siapkan 50 soalan dalam masa 20 minit? Sekali lagi aku rasa lemau..Mengingatkan test personaliti diri, ujian komputer...semuanya 20 minit. Heh buat layout majalah remaja pun 20 minit. Rasa bongok menunggu giliran almaklum satu jawatan kosong 20 orang yang dipanggil interview. Nasib ketika tu agak baik. Napi menjadi peneman.suka dapat interview sekali tapi skang Napi dah kerja NSTP dan dah ada arnab putih kesayangan (kereta swift) :(

Untuk kali yang kedua ni aku nak lebih releks.aku taknak kabut sangat.Takpe tak siap pun aku nak hentam jer.  Tak nak harap sangat nanti sampai sudah tunggu tapi dok lagu tu jugak. Fikir-fikir balik kalau tak dapat pun bagus jugak. Kesian kat baby mesti nangis je orang lain jaga. Tapi kalau tak dapat adessss.......takdelah pendapatan nanti.sekarang sangatlah miskin.duit dalam beg pun duit syiling jerk.duit kertas langsung takder....tekanan sungguh. Semoga khamis ni aku berjaya!


Tengah pulun siapkan portfolio. 3 file dah tapi takleh save.dammmnnn!



Wednesday, 2 May 2012

Teringin Nak Naik Tren

Dengar tajuk jer dah nampak macam jakun sangat tak pernah naik tren. Heh...mengikut perkiraan dah setahun lebih tak naik tren.Last aku naik ERL lah tu pun sebab gi balik keje KLIA..Lepas kahwin takde dah naik komuter ke, LRT ke, Monorel ke....takde dah..Teringin nak bau aircond tren ( giler! ), teringin nak berebut tempat duduk, teringin nak maki orang bila tren tak sampai-sampai, teringin nak naik komuter baru...eh baru je nampak aritu..ketinggalan zaman!

Cerita pasal naik tren ni aku terimbas kembali pulak pengalaman 3 tahun sudah. I was fucking shocked! (Speaking Manglish jap). Hari tu kalau tak silap pagi aku nak pergi interview kat Les'Copaque Shah Alam. Aku naik komuter sampai Padang Jawa. Tapi heh..setibanya di Kepong Sentral tiba-tiba seorang lelaki memakai baju kemeja, seluar slack masuk dari gerabak lain sambil memegang anu. Dia punya anu. Sambil menggosok anu (habis sopan dah bahasa ni)..Semua memandang sinis..Aku?...Aku pura-pura tidur tak sanggup tengok. Dan selepas itu....terdengarlah jeritan perempuan-perempuan, adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik...Akhirnya tren pun berhenti...Lelaki tadi pun dihumban keluar.Huhuh...nice experience?

Pipit Wonderful Market #8 Datang Lagi

Sabtu  5/5/2011 ada lagi si pipit ni. Yang menariknya aku tak dapat pergi...ada kenduri.Tapi baguslah aku tak punya sen untuk membeli. Rasanya dah 2/3 kali jugak aku menapak kat Annexe semata-mata nak join pipit. Pemandangan seperti biasa.....penuh dengan Cina..





Apa yang best? Banyak barang art la....kalau kau jenis yang nak branded, shopping kat KLCC..tak disyorkan datang...Barang kat pipit banyak yang cinonet tapi harga boleh meruntun jiwa. terpulang macam mana kau menilai jerih perih si pembuat. Berbaloi ke tak berbaloi boleh pergi dulu tengok-tengok. Nak share memori kat pipit. Seperti biasa, nak interframeee.....






Haron tak wujud lagi waktu ni. Harap Maklum.

Panda kaler hijau tu aku dah beli..RM36.00



Tengok sini > http://www.facebook.com/pipitzakkastore
Tak perlu cemburu dengan kehidupan mereka yang penuh warna warni. Tak perlu tanya mengapa hidup tak indah. Tak perlu pertikai hidup tak sempurna. Tak perlu rasa diri tu LOSER. 
Sebab?



C KUASA 2

C kuasa dua atau CC atau sebenarnya cheese cake..
Saya mahu makan cheese cake.

merembes air liur