Thursday, 30 June 2011
Facebook butbut
Hari ni aku create kan page untuk butbut craft dan butbut handmade (page like). Sebenarnya aku belum lagi bersedia untuk ke arah ni. aku lebih fokus untuk isi masa lapang. Yang menjadi tanda tanya sekarang ada ke orang yang berminat dengan keychain yang aku jahit nanti? Oleh kerana yana begitu semangat bagi galakan aku cuba. Kalau jadi alhamdulillah. kalau tak sekalipun benda ni akan jadi salah satu hobi baru aku. Jadi takde la penyesalan.huhuh. Meh like ramai-ramai page butbut. barang-barang aku akan upload dalam masa beberapa hari ni.
Wednesday, 29 June 2011
Friday, 24 June 2011
Keychain from felt
Hahahaha....jadi ker ek keychain aku ni. sambungan dari yang lepas keesokkannya aku pun dapat jugak beli starter pack tu...heheh suke..suke...!!!banyak barang yang aku nampak. nak borong je rasa tapi eh tak boleh..kena sedar diri sikit..duit takde...lambat betul gaji. Malam tadi baru aku rasmi kan kain felt ni. try-try gunting....jahit sana jahit sini dengan kepakaran tenok aku. jahit tak sekata tak kemas tapi setelah 3 jam lamanya aku tak berganjak dari sofa akhirnyaaaaaa.....tadaaaaaaaaaaaaaaa.....
Agak huduh skek...tapi pelan-pelan kayuh... :)
Kombinasi warna agak tak best sebab dapat 3 warna jer dalam starter pack.. kalau dapat banyak warna boleh lah pelbagaikan sikit design..akan datang ada beberapa lagi bentuk yang aku akan buat. Aku akan upload selepas dapat gaji. sebab waktu tu aku konfem dah borong lebih banyak warna felt termasuk butang-butang bermacam bentuk..

Wednesday, 22 June 2011
Felt craft
Dalam seminggu ni aku nak menceriakan diri balik....aku banyak search pasal felt craft.. selama ni tak tau pun nama benda ni.. selalu tengok keychain yang dah siap jer...rupanya dari kain felt...aku banyak buat research pasal supplier barang kraf..dan aku minat sangat nak involved dalam bidang ni. biaselah budak art kan. hangat-hangat tahi ayam.masa kat sekolah dulu pun aku rajin buat benda-benda macam ni. mungkin sebagai permulaan aku nak belajar menjahit dulu...jahit tangan tu takde hal sangat jahit mesin aku memang fail. Petang ni aku akan beli starter pack dan try menjahit malam ni..if possible lah. aku nak jahit plushies ke ape tah namenya untuk kenang arwah putih :)
Ada banyak source yang aku jumpa tapi belum nak share lagi..hehe kedekot kan.
Bersambung..
PUTIH R.I.P T__T
Putih telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi 17hb 6 2011 yang lalu. aku lambat update sebab masih sedih ( yang tak terhingga ) sampai la hari ni. Malam sebelum kejadian sewaktu tengah menonton nora elena episod akhir aku perasan yang putih nampak lain macam. melepet jer depan makanan. selalunya dia akan berebut-rebut dengan butbut. :'( aku pegang dia pun dah lembik jer. so aku terus bawak putih dalam kotak pegi klinik. tak kesah la pasal tv. tak dapat tengok akhir pun takpe cos aku tak minat sangat pun cerita tu. sampai kat klinik doktor cakap yang putih dah kritikal..tipis kalau hidup. bergantung dengan imun badan dia. kalau dia kuat pun tak tau sampai bila dia boleh hidup. sebab banyak sangat virus dalam badan dia. putih disuntik lagi dengan vitamin dan antibiotik..menangis aku tau. kesian.. masa nak bayar pulak jadi lagi satu hal. aku boleh tertinggal kad bank. sedangkan harga ubat jer dah 45 ringgit. dalam beg aku cuma ada 20 ringgit jer. ibie mengamuk sebab terpaksa balik rumah cari kad bank...buat pengetahuan semua..doktor mintak kitorang asingkan sangkar. putih kena kuarantin sebab nak elak butbut terkena virus putih dengan lebih dasyat lagi. jadi perbelanjaan yang terpaksa aku keluarkan malam tu saje dah jadi RM141.00. Bulan ni serius aku terpaksa ikat perut. tapi demi tengok putih sihat aku sanggup. Aku pun balik dan asingkan putih dalam sangkar baru. semuanya baru. dari bekas makanan, tray , bekas minum air...semua nya demi putih..aku rasa aku taknak ingat pagi jumaat tu. aku bangun tidur nak pergi kerja aku tengok putih dah tersungkur dalam tray pasir dengan mata terbukak..aku sedih..aku meraung..aku pegang putih..aku selimutkan dia..pagi tu jugak aku tanam putih kat bawah pokok besar kat taman permainan tempat aku tinggal..aku pilih tempat yang redup..aku sunyi..serius aku masih menangis di ofis...sekarang butbut takde kawan :'(
aku cuma nak cakap satu jer... walaupun kau comot kau kotor aku sayang giler kat kau. aku harap kau dah ada dalam syurga sekarang. :[
Whole and Well
You came to me in your time of need
Starved bitten and beaten
You ate the offered food with grace
Drinking deep of the cool clear water
Meowing under a gentle caress
Then slept upon a soft warm bed
How sad the news that you were too ill
To live without harsh suffering
Or the ability to enjoy all that a cat might do
So I held you close, washing you with tears
And told you of a place called Heaven
Where you will once again be whole and well
I’m only mortal and the decision hit hard
To let you suffer or send you to God
He cares for you now, this I know for sure
Then when the day comes when I too face God
I'll look for you at his side
So I may stroke your fur once more
And see you whole and well..
Note : copy from other site :(
aku cuma nak cakap satu jer... walaupun kau comot kau kotor aku sayang giler kat kau. aku harap kau dah ada dalam syurga sekarang. :[
just for putih... (in memory -17th june 2011) :[
Whole and Well
You came to me in your time of need
Starved bitten and beaten
You ate the offered food with grace
Drinking deep of the cool clear water
Meowing under a gentle caress
Then slept upon a soft warm bed
How sad the news that you were too ill
To live without harsh suffering
Or the ability to enjoy all that a cat might do
So I held you close, washing you with tears
And told you of a place called Heaven
Where you will once again be whole and well
I’m only mortal and the decision hit hard
To let you suffer or send you to God
He cares for you now, this I know for sure
Then when the day comes when I too face God
I'll look for you at his side
So I may stroke your fur once more
And see you whole and well..
Note : copy from other site :(
Monday, 13 June 2011
Topeng conteng.
Okay...asyik cerita pasal meow jer kan. dah lama nak post pasal topeng ni sebenarnya. dah sebulan simpan. tangan aku gatal nak melukis..aku bukannya terer melukis...setakat kartun bodoh-bodoh tu boleh la lukis. Aku jumpa topeng putih ni masa kat kedai buku besar sebelah Metro Kajang... tak ingat plak nama kedai..sebab aku tak sensitif dengan sekeliling hehe. aku jumpa topeng terus nak beli..macam budak-budak lak kan? XD.
Ibie nampak aku ambik topeng meow...*(meow lagi...:p) dia pun nak jugak...sebok jer kan? tapi dia ambik yang besar punya.gamba orang...balik tu happy lah..beriya-iya nak melukis..sampai bawak atas katil lukis sampai tertidur....kat rumah ada lagi kanvas yang kosong..belum ada idea lagi nak lukis...berangan nak buat rumah macam studio...duit banyak boleh la kan...

Topeng yang kanan tu aku yang lukis. yang kiri tu ibie lukis. :p |
Positif ^___^
Entri hari ni lebih positif. Walaupun hati tak berapa sihat.tett..teettt....(perut sangat lapar ketika menaip). Aku dah nekad nak jaga meow-meow ni. tak kesah la. aku tawakal jer. petang hari jumaat lepas je aku balik kerja aku bawak putih ngan butbut gi klinik kat seksyen 7. masa tu tengok muka masing-masing takut jer. aku pun takut jugak.sebab tak tau berapa kena bayar nanti. bukan kedekut tapi aku ni tak berduit sangat. masa jumpa doktor....aku dah kecut jer...risau..risauuu..hehe...putih dapat ubat cirit ngan ubat cacing..butbut pulak ubat selsema dengan ubat cacing..putih ada fungus tapi tak boleh buang lagi sebab doktor suruh tunggu sampai putih sihat dulu.lepas 2 minggu baru datang balik klinik untu bagi ubat fungus pulak.....putih...kau ni comot la..:(
Nasib baik kena cas lima puluh lebih jer. ingatkan beratus la jugak....takpe.walaupun gaji aku tak besar tapi aku tak kesah.janji boleh tengok dorang sehat hati aku dah happy sangat.. harap jugak nanti meow-meow ni akan doakan baby dalam perut aku. aku sayang baby ni aku pun sayang jugak putih ngan butbut...lepas ni aku nak buat semuanya sendiri.aku tak rasa susah pun...positif...positif...
Sehari aku terpaksa bersihkan sangkar banyak kali. putih tak pandai lagi nak buang air besar macam butbut..dia pun tengah cirit . surat khabar kat rumah pun dah nak habis buat ganti alas...buat masa ni tak boleh lagi alas kain.tunggu semua dah pandai sikit dah bersih dah sihat baru boleh manja kan lebih-lebih. :p
Rasa tak sabar nak balik rumah nak tengok meow. Sedih jer tengok muka putih.putih macam takut.rindu kat ibu dia kot.. butbut pulak manja suka gesel-gesel..kuat main...
Aku terharu sangat bila hari ni ada orang yang nak tolong jaga putih dengan butbut. seksyen 2 tak jauh pun. aku balik kerja pun lalu situ hari-hari.. Terima kasih kat KakimotongFanClub dan rafidah yusuf sebab membantu. Thanks jugak kat kawan baik aku kamisah sebab dia yang kenalkan aku dengan kakimotong ni..Aku hargai sangat....sangat..sangat...aku akan update gambar-gambar butbut dengan putih. tengok perkembangan dorang sampai sihat dan gemuk...aku berdoa Allah berikan aku rezeki yang lebih untuk jaga meow ni dan bagi aku peluang untuk tengok dorang lebih lama. Aamiinnn..
P/S : comel giler tengok dorang tidur peluk-peluk...i love u putih & butbut.

Friday, 10 June 2011
Perlu ke aku buang? Part II
Serius giler aku sedih sangat. mata aku dah berair-air kat depan komputer ni. Betul ke aku boleh keguguran? Betul ke aku dah berjangkit dengan kuman toxoplasma tu? Perlu ke aku buang putih dengan butbut??? Rasa nak meraung je sekarang. aku baru je nak tengok dorang hidup. kenapa buat aku macam ni? Aku tak sampai ati nak buang meow ni. aku taknak dorang mati.. Tolonglahhh...aku tak tahan lagi. serius da nangis. :'(
kucing punca keguguran bayi :'( :'(
kucing punca keguguran bayi :'( :'(
Putih dan butbut (dobot) Part I
Semalam masa aku makan tengah hari waktu rehat kat seksyen 16 aku nampak sekor meow kaler putih. Sedih giler tengok keadaan dia. dah la keding macam tu terbaring jer bawah tempat orang kedai azura tu bubuh lauk. Masa tu aku ingat meow tu dah mati. kaku jer. waktu nak balik ada perempuan mnegandung ni usik-usik dia dengan kaki tapi meow tetap macam tu. tak bergerak. Bila aku jalan kat situ baru dia bangun. Hehe tidur rupanya. tapi aku tak sanggup tengok pasal sedih sangat.
Teringat-ingat jer rupa meow tu. makan ke tak dia.badan pun kotor. kesian wuuu..wuuu ~.~!
Balik kerja aku terus pergi seksyen 16. aku nampak dia tidur kat kedai makan tu. dah melepet jer badan. tulah kerempeng sangat. Aku nampak sekor lagi tidur atas guni simen. T______T sedih sangat ni. keadaan pun teruk.
Nasib lah ada kedai runcit desanika kat situ bagi aku kotak free. aku angkut masuk kereta. ibie pulak tolong angkat meow-meow tu. sebenarnya ada lagi 2 ekor baru perasan. maksudnya 4 ekor semua sekali.tapi yang lagi dua tu macam sihat la kot. siap boleh main kejar-kejar lagik. Jadi aku tak ambik. nak ambik 4 ekor susah. aku ni makan sampai hujung bulan pun belum tentu lagi. duduk pun rumah flat jer mana aku nak campak dorang ni. Aku duduk kat belakang jaga kotak. Ibie pulak drive bawak gi kedai pet kitorang nak beli sangkar. Akhirnya dapat la satu sangkar yang paling murah RM55.00. Kitorang terus bawak balik rumah.
Hehe waktu nak mandikan memang mencabar pasal aku tak pernah bela kucing okay! Walaupun meow ni baby lagi tapi aku takut-takut nak pegang takut kena cakar. Susah nak mandikan dorang. Semua nak lari je.
Last-last mandi ala kadar jelah dengan lifebuoy...huhuh..tak bersih sangat sebab bulu dorang memang dah kotor sangat. kena mandi banyak kali baru leh cantik balik kot. yeke?! Tak kesah lah janji niat aku nak bagi meow-meow ni gemuk. Nanti dah besar sikit aku akan lepaskan. Kesian pulak kurungkan dia. :'(
Aku beli makanan dalam tin sebab dia baby lagi tak boleh makan biskut. bagi minum air susu marigold (aku punya air sebenarnya untuk baby tapi aku kan tak suka susu..hehe so sedekah kat meow). Meow ni aku bagi nama putih dengan butbut. Kenapa butbut? Sebab aku pun tak tau. butbut paling kurus tapi besar sikit dari putih. butbut demam agaknya asyik bersin jer. cesss....bawak kuman betul. hehe tapi aku sayang dua-dua (putih lebih sikit :p). Teringat kat meow aku dulu name putih jugak . Hidup lagi tak dia kat johor tuh? :(( Rindu putihhhhhhhh.....

Putih dan Butbut yang comot :) |
Thursday, 2 June 2011
YOUTH DAY
Himpunan sejuta belia dah pun berlalu...baru je beberapa hari. dan aku pun tak ketinggalan berada di sana untuk satu hari bersama bulat.hehe..Aku hanya duduk di booth podium tak bergerak kemana-mana pun jadi agak menyedihkan aku tak dapat nak merayau ke booth-booth art yang aku minat sangat. Mungkin sebab masa tu aku tengah pokai jadi lebih baik kot aku tak tengok barang-barang kat sana.Kalau tak nanti hati ni meronta-ronta jer. Alangkah best kalau satu hari aku pun dapat join mereka-mereka ni dan buka satu booth untuk jual hasil-hasil aku pulak. Tapi nak buat sorang agak mustahil. Jalan terbaik adalah bergabung..Jatuh bangun kenalah sama-sama kan? :p
Wednesday, 1 June 2011
Sifoo.com
Heheh.....sifoo.com adalah sumber ilmu yang aku banyak belajar. Pasal editing dan macam-macam lagi..banyak sebenarnya rujukan aku. Aku akan share satu-satu. banyak lagi masa kan. Sifoo.com ni adalah yang paling faymes bagi aku sebab dalam bahasa melayu. mana nak carik kan tutorial yang kita senang nak faham.
Tapi dulu aku sangat suka menjengah web ni sekarang tak lagi sebab dah berubah format jadi macam forum. Senang cerita forum ni buat aku serabut. Korang yang baru-baru nak tengok pun terpaksa sign up dulu. Tak semudah dulu. hehe...apa pun banyak ilmu boleh dapat kat sini.
Mutiara kata sebelum pulang dari kerja :
"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri" -takde kena mengena dengan entri kali ni...kehkeh XD

Buku-buku yang aku suka ( bukan mukabuku/facebook )
Petang ni ada job business card masuk tapi sebelum tu aku nak cerita sikit pasal buku yang aku minat nak beli tiap-tiap bulan tapi memandangkan buku-buku ni sebenarnya lebih tepat kalau aku panggil majalah berkaitan grafik ni tersangatlah mahal (mahal bagi orang kebanyakan macam aku ni.. (-.-)! ) jadi tak dapat la nak beli selalu. Boleh ushar-ushar sini www.luerzersarchive.net / www.computerarts.co.uk
Luerzers archive ni semuanya tentang advertising / print ad. Computer art pulak pasal grafik dan ada tutorial untuk buat design atau effect yang best. Budak-budak grafik kalau tak tau pasal majalah ni baik korang hantuk kepala kat dinding.hahah.
Kali terakhir aku beli adalah masa zaman tok kaduk dulu zaman belajar kat polytech. Masa tu kaya dengan duit biasiswa.hehe. Aku harap boleh la buat collection dalam satu studio yang aku berangan nak sangat. Aku nak semua buku-buku grafik, buku tentang packaging dan macam-macam lagi. Semuanya aku akan borong kat Basheer Graphic atau Kinokuniya. Tunggu pakcik kayoooo!.aminnnnn........
Kata-kata hikmah untuk hari ini :
"Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap"
Business card yang superb-best @_@
Link-link di atas ni semuanya contoh-contoh business card yang awesome bagi aku lah. Kita boleh cedok-cedok sikit idea dari web-web macam ni sebab kalau nak harap shape business card empat segi jer tak meriah la hidup ni kan. Business card macam ni memang kreatif tapi kebanyakannya designer buat untuk diri sendiri tambah pulak finishingnya rumit dah tentulah harga sekotak pun boleh beratus-ratus harga. Aku pun akan buat satu nanti ikut mood. @_@
Photo editor yang mudah !
Selain Adobe Photoshop, banyak lagi sebenarnya software yang boleh digunakan untuk edit gambar dengan lebih mudah dan pantas dan yang paling best korang tak perlu download dan install pun. Dalam banyak-banyak, aku paling selalu guna ialah PIXLR. sesuai untuk designer yang malas macam aku ni. Korang boleh try dan aku dapat tau pasal pixlr ni pun dari senior aku yang rajin post pasal tutorial. Dia ni dah jadi rujukan aku secara diam-diam sejak dari aku masuk polytech lagi walaupun kitorang saling kenal. ^__^
Tukar domain sendiri dengan akaun blogspot :)
Dah separuh hari aku takde job nak buat..macam mana company ni untung ek? Jadi aku pun merayau-rayau ( dalam internet je ) dan terjumpa perkara ni. Memang berguna untuk orang-orang yang tak terer macam aku ni.
Aku pun simpan hasrat nak tukar domain tapi fulus belum ada. Gaji tak masuk lagi dan kalau masuk pun aku kena fikir banyak kali sebab payment yang kita kena buat ni setahun sekali kira macam langgan domain. Kalau tak bayar domain anda akan hilang. betul kot. Aku pun tak sure. :p
Aku tak berapa arif tapi kalau nak tukar jugak contoh dari http://graphicflavour.blogspot.com tukar ke www.graphicflavour.com korang boleh la cuba tekan sini
Hari yang memBOSANGGGkan...teettt..tettt
Seperti hari-hari yang sebelumnya..tak pernah berubah (there's no miracle at all..hehe). Bila agaknya nak dapat modal untuk bisnes printing ni?aku nak jadi bos..BIG BIG BOSS.
Seronok tengok orang lain punya blog..tapi aku tak sepuitis penulis lain..karangan dan esei adalah yang paling aku benci masa zaman sekolah. Jadi blog ni akan bertahan ke?HAHAHA...tunggu dan lihat. Blog ni adalah yang kedua pernah aku buat selepas blog pertama aku terbengkalai. Jangka hayat cuma 2 tahun je. Form 4 til my first semester in polytech. Lagi ada hati nak buat yang baru kan. :p
Sekarang nak membangun balik dengan alasan hidup ni sangat "bosang" dan yang utamanya nak share benda yang aku buat sebagai graphic designer. Banyak jugak tutorial berguna berkaitan grafik yang aku boleh kongsi selain artwork-artwork aku yang tak berapa nak hensem kat sini. Kalau takde yang baca pun aku tak berkecil hati kerana blog ni hanya untuk memuaskan nafsu sendiri. Rehat untuk hari ini dengan membaca blog si kambeng http://zackyzahry.blogspot.com/ semoga idea bercambah dengan lebih lebat selebat hujan di luar sana.

Subscribe to:
Posts (Atom)