Entri hari ni lebih positif. Walaupun hati tak berapa sihat.tett..teettt....(perut sangat lapar ketika menaip). Aku dah nekad nak jaga meow-meow ni. tak kesah la. aku tawakal jer. petang hari jumaat lepas je aku balik kerja aku bawak putih ngan butbut gi klinik kat seksyen 7. masa tu tengok muka masing-masing takut jer. aku pun takut jugak.sebab tak tau berapa kena bayar nanti. bukan kedekut tapi aku ni tak berduit sangat. masa jumpa doktor....aku dah kecut jer...risau..risauuu..hehe...putih dapat ubat cirit ngan ubat cacing..butbut pulak ubat selsema dengan ubat cacing..putih ada fungus tapi tak boleh buang lagi sebab doktor suruh tunggu sampai putih sihat dulu.lepas 2 minggu baru datang balik klinik untu bagi ubat fungus pulak.....putih...kau ni comot la..:(
Nasib baik kena cas lima puluh lebih jer. ingatkan beratus la jugak....takpe.walaupun gaji aku tak besar tapi aku tak kesah.janji boleh tengok dorang sehat hati aku dah happy sangat.. harap jugak nanti meow-meow ni akan doakan baby dalam perut aku. aku sayang baby ni aku pun sayang jugak putih ngan butbut...lepas ni aku nak buat semuanya sendiri.aku tak rasa susah pun...positif...positif...
Sehari aku terpaksa bersihkan sangkar banyak kali. putih tak pandai lagi nak buang air besar macam butbut..dia pun tengah cirit . surat khabar kat rumah pun dah nak habis buat ganti alas...buat masa ni tak boleh lagi alas kain.tunggu semua dah pandai sikit dah bersih dah sihat baru boleh manja kan lebih-lebih. :p
Rasa tak sabar nak balik rumah nak tengok meow. Sedih jer tengok muka putih.putih macam takut.rindu kat ibu dia kot.. butbut pulak manja suka gesel-gesel..kuat main...
Aku terharu sangat bila hari ni ada orang yang nak tolong jaga putih dengan butbut. seksyen 2 tak jauh pun. aku balik kerja pun lalu situ hari-hari.. Terima kasih kat KakimotongFanClub dan rafidah yusuf sebab membantu. Thanks jugak kat kawan baik aku kamisah sebab dia yang kenalkan aku dengan kakimotong ni..Aku hargai sangat....sangat..sangat...aku akan update gambar-gambar butbut dengan putih. tengok perkembangan dorang sampai sihat dan gemuk...aku berdoa Allah berikan aku rezeki yang lebih untuk jaga meow ni dan bagi aku peluang untuk tengok dorang lebih lama. Aamiinnn..
P/S : comel giler tengok dorang tidur peluk-peluk...i love u putih & butbut.
No comments:
Post a Comment