Wednesday, 1 June 2011

Hari yang memBOSANGGGkan...teettt..tettt

Seperti hari-hari yang sebelumnya..tak pernah berubah (there's no miracle at all..hehe). Bila agaknya nak dapat modal untuk bisnes printing ni?aku nak jadi bos..BIG BIG BOSS.
Seronok tengok orang lain punya blog..tapi aku tak sepuitis penulis lain..karangan dan esei adalah yang paling aku benci masa zaman sekolah. Jadi blog ni akan bertahan ke?HAHAHA...tunggu dan lihat. Blog ni adalah yang kedua pernah aku buat selepas blog pertama aku terbengkalai. Jangka hayat cuma 2 tahun je. Form 4 til my first semester in polytech. Lagi ada hati nak buat yang baru kan. :p
Sekarang nak membangun balik dengan alasan hidup ni sangat "bosang" dan yang utamanya nak share benda yang aku buat sebagai graphic designer. Banyak jugak tutorial berguna berkaitan grafik yang aku boleh kongsi selain artwork-artwork aku yang tak berapa nak hensem kat sini. Kalau takde yang baca pun aku tak berkecil hati kerana blog ni hanya untuk memuaskan nafsu sendiri. Rehat untuk hari ini dengan membaca blog si kambeng http://zackyzahry.blogspot.com/ semoga idea bercambah dengan lebih lebat selebat hujan di luar sana.

No comments:

Post a Comment