Wednesday, 22 June 2011

PUTIH R.I.P T__T

Putih telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi 17hb 6 2011 yang lalu. aku lambat update sebab masih sedih ( yang tak terhingga ) sampai la hari ni. Malam sebelum kejadian sewaktu tengah menonton nora elena episod akhir aku perasan yang putih nampak lain macam. melepet jer depan makanan. selalunya dia akan berebut-rebut dengan butbut. :'(  aku pegang dia pun dah lembik jer. so aku terus bawak putih dalam kotak pegi klinik. tak kesah la pasal tv. tak dapat tengok akhir pun takpe cos aku tak minat sangat pun cerita tu. sampai kat klinik doktor cakap yang putih dah kritikal..tipis kalau hidup. bergantung dengan imun badan dia. kalau dia kuat pun tak tau sampai bila dia boleh hidup. sebab banyak sangat virus dalam badan dia. putih disuntik lagi dengan vitamin dan antibiotik..menangis aku tau. kesian.. masa nak bayar pulak jadi lagi satu hal. aku boleh tertinggal kad bank. sedangkan harga ubat jer dah 45 ringgit. dalam beg aku cuma ada 20 ringgit jer. ibie mengamuk sebab terpaksa balik rumah cari kad bank...buat pengetahuan semua..doktor mintak kitorang asingkan sangkar. putih kena kuarantin sebab nak elak butbut terkena virus putih dengan lebih dasyat lagi. jadi perbelanjaan yang terpaksa aku keluarkan malam tu saje dah jadi RM141.00. Bulan ni serius aku terpaksa ikat perut. tapi demi tengok putih sihat aku sanggup. Aku pun balik dan asingkan putih dalam sangkar baru. semuanya baru. dari bekas makanan, tray , bekas minum air...semua nya demi  putih..aku rasa aku taknak ingat pagi jumaat tu. aku bangun tidur nak pergi kerja aku tengok putih dah tersungkur dalam tray pasir dengan mata terbukak..aku sedih..aku meraung..aku pegang putih..aku selimutkan dia..pagi tu jugak aku tanam putih kat bawah pokok besar kat taman permainan tempat aku tinggal..aku pilih tempat yang redup..aku sunyi..serius aku masih menangis di ofis...sekarang butbut takde kawan :'(
aku cuma nak cakap satu jer... walaupun kau comot kau kotor aku sayang giler kat kau. aku harap kau dah ada dalam syurga sekarang. :[

just for putih... (in memory -17th june 2011) :[

Whole and Well
You came to me in your time of need
Starved bitten and beaten
You ate the offered food with grace
Drinking deep of the cool clear water
Meowing under a gentle caress
Then slept upon a soft warm bed
How sad the news that you were too ill
To live without harsh suffering
Or the ability to enjoy all that a cat might do
So I held you close, washing you with tears
And told you of a place called Heaven
Where you will once again be whole and well
I’m only mortal and the decision hit hard
To let you suffer or send you to God
He cares for you now, this I know for sure
Then when the day comes when I too face God
I'll look for you at his side
So I may stroke your fur once more
And see you whole and well..

Note : copy from other site :(




No comments:

Post a Comment